Khamis, 26 Disember 2013

Good Looking For Allah

"Ah,Ah,Ah.... Sejak bila kau pakai jubah bagai ni... Meleret-leret aku tengok.

Ahhh mane ada melerat lah aku tengok molek je.. 'sambil melihat baju yang disarunginya'

"Kita nak pergi Mall je pon, macam berkabung pon ada aku tengok kau ni.. 'Sinis si sahabat'

Ermmm diam sambil memeluk tubuh 'Mengendahkan bicara si sahabat'

"Sejak aku balik UK ni lain macam aku lihat perubahan kau ye. Any problem yang kau nak share dengan aku? Kau bukan macam yang aku kenal dulu lah beb.... 'Memandang menunggu jawapan'

Lah kenapa? aku rase aku biasa je Qalisya yang dulu... Kasih Qalisyah Binti Mohd Nor.

"Aku lihat kau bukan yang dulu... Kalau dulu kau banyak habis kan masa buat benda yang kau suka, mane CD "hardcore" si Paramore yang ko tergila-gilakan? aku tengok tak ada pun... Tu banyak pulak Zikir Terapi sape tu Hafiz Hamidun.. Ni ha Ya Hanana ni ha Qasidah 'sambil membelek-belek kepingan CD yang tersusun rapi'

Aku hanya tersenyum.... Hey beb, nak dengar tak Ya hanana? best beb... 'sambil membetulkan tudung labuh nya itu'

"Kau memang macam ni ke wey? ape semua soalan aku tujukan kau tak nak jawap.. 'Bicara hampa'

Sambil memandang sahabat yang seakan merajuk. Aku bergalih kesisinya...

Cantik tak aku yang sekarang?? 'sahaja menujukan soalan sebegini'

"Not bed lah... Good looking.. hehe 'sambil tersenyum'

Jika kau kata bergitu, jawapannya tepat.kerna kita adalah ciptaan Nya yang paling sempurna... Namun pernah tak kau terfikir kesempurnaan ini anugerah dari siapa??

"Dari Allah. 'jawapan ringkas si sahabat'

So aku nak Good Looking kat bumi Allah ni... Aku nak Good Looking dipandangan Allah.. Dan aku nak Good Looking disisi Allah.... ^__^

Si sahabat hanya mengangguk tanda memahaminya...

Tak tahu apa yang difikirkannya.. Jauh lamunannya...

Ok I'm good looking dah ni... Bagi kau meleret tak aku pakai macam ni?? hehehe

"Ermmm tak pon lagi terjaga dan cantik... hehe Maaf dengan kata-kata aku tadi... Aku terkejut je dengan perubahan kau...

Hehehe tak mengapa aku tak ambil kesah pon...Dah jom lapar dah ni.... ^___^




Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (HR. Muslim)


Jumaat, 13 Disember 2013

Aku Hamba.......

Dugaan yang datang betul-betul menguji ku. Terduduk aku rebah di bumi ini.... "Ya Allah, andai ini ujian ku dariMu redhakan lah hatiku ini. Andai aku terasa beban setiap benak pemikiranku ini, aku yakin kau mahu membelai jiwaku dengan setiap Doa ku untukMu .."

'Tertunduk sambil berbicara, Allah menguji pada setiap hambanya, dan setiap ujian itu berlainan.


Rasulullah bersabda bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia menandakan besar juga pahala yang diperolehi. -Anas bin Malik-

    إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
    ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

    أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
    ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]

Di peluk erat diri ini oleh mereka untuk menenang kan aku.. Sambil mengalunkan selawat agar aku tenang.. "Ya Allah aku berterima kasih kepadaMu, kerna hadirkan mereka dalam hidupku ."

Aku mahu mengalir semahunya..Aku mahu meluah semahunya aku tidak mampu memendam lagi. Sudah lama aku tidak rasa seperti ini. Ini lah masanya aku meluah kepadaMu satu-satunya Tuhanku... Selain dari Mu, siapa yang mampu memberi sebaik-baik petolongan?? yang mampu mendegar setiap luahan hati ini? bukan kah hanya diriMu Ya Allah? Ya semanya DIA satu-satunya sebaik pendengar yang setia. Bila aku menangis bukan bermakna aku tidak meredhai Ujian Mu, namun aku hanya Mahu meluah kepada Mu..

Benar, Menangis adalah salah satu terapi untuk ku..

Terapi untuk menjadi seorang "HAMBA"..



Ya Allah, Ya Rabb....
Aku amat rindu perasaan sedih ini.... aku teramat rindukan Mu... Rindu meminta kepadaMu , rindu di setiap titisan air mataku jatuh di helaian sejadahku untuk Mu..... Aku amat merinduiMu.....







Jumaat, 8 November 2013

Rindu Saat Diuji

Merebah kan diri sambil tangan di angkat untuk berdoa... Doa adalah senjata ku, Yaa senjata ku yang sangat berkesan... Allahhu!!!! Aku amat rindu detik-detik ini, biar tangisan membasahi pipi ini, biar tangisan ini membuat kan aku lebih bersyukur. Biarkan ia!!!! "Hati Berbicara"

Aku amat rindu saat diuji, aku amat rindu perasaan ini Ya Rabb... Kerna setiap ujian yang kau beri menjadikkan aku lebih mengenali diri ini, lebih mentaatiMu, lebih mendekatiMu dan..... lebih menghargai nikmat Mu... Allahu Rabb.....



Tat kala aku gembira, aku sering berfikir. Mana perasaan diuji ini pergi, enggan kah kamu mendampingi aku lagi? 'menanti dengan penuh harapan'.. "Berharap dengan penuh harapan"

Ermmm
jika orang disana yang kamu dampingi mahu 'kau' pergi, datanglah kau menyarpaku wahai "Ujian" datang lah kau kepadaku!! kerna akan ku sambut kau degan rela hati ini, akan ku belai setiap "Ujian" Mu itu sebaik belaian seorang hamba... Allah!! 

'membiarkan titisan itu mengalir'

Benar ia aku harapkan~~

Allah, Allah, Allah...
Aku amat merinduiMu...

Ya Allah, aku amat merindui "UjianMu"...
Amat sangat
 Allah!! 
"Jerit ku dalam hati"
 Mengapa aku rindu kepada Ujian Mu??

Iskkk pelik aku dengan kau..
Tuhan kau dah beri perasaan Gembira dah pehal ko nak perasaan di Uji pulak???
~Bisik Syaitan yang menyesatkan

Sambil mengomel bersendirian,
Kau tak kan pernah mengerti itu!!! 
kau takkan pernah mengerti!!!!!!
'Jerit hati ku'
Kerna kau tidak mempercayai tuhan mu dan tidak merasa diri ini "Hamba" yang sememangnya berharap sepenuh harapan kepada Allah. 
Full Stop~~
'Dengan tertunduk memeluk tubuh, mengeluarkan kata-kata halus yang keluar dibibir'

" Kerna setiap Ujian itu datang, aku menjadik diri ku... Ujian ini mendidik aku untuk lebih mentaati Nya, Ujian ini mengajar aku ape itu erti "Bersyukur"....

Tanpa soalan,, terhenti disitu... 
~Aku masih di dunia aku..

Berharap doa ku di makbulkan seperti hari-hari sebelum ini...
Menanti dengan penuh sabar..
Kerna aku yakin Dia sebaik-baik pendengar dan sebaik-baik pemberi..



Allah itu ada,
Dalam lelahmu Ia akan memperhitungkannya,
dalam kesulitanmu Ia akan tunjukkan jalan keluarnya,
dalam kemudahanmu Ia sedang menguatkan dengan setiap KuasaNya.

Kerna dalam setiap usahamu Ia pasti menyaksikannya.
Dan bahawa semua perjuangan tidak pernah ada yang sia-sia dan selali akan berbuah manis pada akhirnya.. 
Innalaha ma'ana



Yaa Rabb,
Ajarilah aku bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika beremosi,
dan....
bersabar dalam ujian....
Amiin Ya Allah...



Isnin, 22 Julai 2013

Bertunang Dalam Islam

Kadang-kadang kita tak sedar kita ni tunangan orang kan....
Bila si Lelaki meluahkan hajatnya untuk menjadik kan si Wanita Isterinya dan si Wanita mengiakannya itu bermakna si Lelaki dan Si wanita sudah pun bertunang...

Contoh
" Aku mahu jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwinilah dengan aku bila-bila."

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan si Wanita itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju adakah itu dikira telah bertunang?? Padahal tidak ada ibu bapa si Wanita tersebut..

Pinangan dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. itu dipanggil pinang. Bila Si Wanita menjawap setuju, maka jadilah Wanita itu tunang dengan Lelaki tersebut.

Jadi, Bila dia dah jadi tunangan orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang dan kita mengetahui yang kita tunangan orang maka hukumnya Haram.



Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ 

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]


awak, kita ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balas,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini Bercintakah?

Awak,
kita ini tidak sering berhubungan,
tidak bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini Bercintakah?
________________________

Ya,
Kita bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita,
manis hubungn bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kita,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta.

-Hilal Asraf-


Selasa, 16 Julai 2013

Hanya mahu menulis :)

5.30am aku sudah bergerak ke tempat mencari rezkiku... Tepat pukul 5.50am atau 6.00am sampai aku ke destinasiku, bergegas ke Surau untuk subuh berjemaah, Faster-faster Nurul!! tapi kadang-kadang tu tak sempat nak berjemaah bila lewat 5-10 minit... :(

(Gambar hiasan)
Pada bulan Ramadhan ni lah banyak perkara yang aku mengerti tentang diri ni.. Iblis telah di ikat tapi kadang-kadang perangai kita same je... Ermmm memang itu sikap aku mungkin.. :(  Tu semua nafsu punya pasal!!!! Opsss!!! jangn salah kan nafsu kalau diri kita sendiri tak dapat mengawalnya.... Nurul Chaiyok!!!! Kawal semuanya (bilang aku pada diri sendiri) "Tersenyum dengan tindakan sendiri" kadang-kadang aku seperti keanak-anakkan.. Namun dengan keanak-anakkan itu lah menampakkan aku kuat.. ^_^ Bila kita mahu melihat diri kita yang sebenar, lihat pada bulan Ramadhan dari situ kita dapat lihat. Ahhh hinanya aku ni. Bila kita tau perangai kita tu buruk malukan pada Allah.. Ermmm "Hey!!!! WAKEUP please!!! (sambil goncang-goncangkan diri sendiri..)" Bangkit dengan bersemangat. InsyaAllah...

Tarawih!!! tahun ni tak dapat tarawih same-same dengan mereka "Safwana & Minah" Sahabatku dari aku bersekolah. Perangai segila bersama... ^_^ rindu kalian sangat-sangat. Tapi!!!! no excuse aku tak pergi... even Alone.. kalau aku tak dapat hadir ke masjid pun aku akan usaha membuatnya di rumah.. 


Sebab tu bulan Ramadhan ni aku jarang sangat nak bersosial di muka buku, Sebab Ramadhan adalah bulan kita, bulan mananya kita mengaut semua Pahala kita tu, Untuk dana kita ke Syurga.. 
 
Sebenarnya, bila aku sedang bersedih.. :( Ni lah tempat aku meluah perasaan.. Chill Nurul yakin diri anda orang yang paling Bahagia, Janji Allah Itu Pasti.. Bila aku sedang bersedih mesti hadir orang-orang yang menyayangi ku... Kak Naimah a.k.a Guru Bahasa Arab aku, yang selalu bagi semangat untuk teruskan dengan semua dugaan ini. Kak Naimah seperti sudah mengerti  mengenai hati ini, tak patah semangat untuk membangkitkan aku. Kalau aku tak balas SMS, Col bertalu-talu, kadang-kadang tak mampu nak reply dan pickup fon, sebab aku mahu bersendirian dan bermusabah diri ini.
Safwana juga antara teman yang memberi semangat padaku. Walaupun kadang-kadang aku cuma mahukan pendapat tapi dia sudah mengerti apa yang aku ingin sampaikan.. Semua kata-katanya +ve.. Membuatkan diri aku Mahu menjadik Hebat... ya!!! Hebat... Allah bersama ku...
 
 
 
 
Derma Kebajikan
Semalam Alhamdulillah selesai semua hajat aku untuk menolong anak-anak yatim.. 40 helaian Baju Raya baru untuk mereka.. Mungkin tak seberapa namun, cukup untuk melihat mereka tersenyum itu sudah cukup membuat aku gembira dan rasa selesai tanggungjawapku ini. ^_^..
 
Keliru!!!
Date yang same, ada dua pogrem.. Dua-dua best... macam mana ni??? 1.Raudah Ramadhan.. 2.Berbuka Puasa Di Mahaad Tahfiz .... Saya mahukan dua-duanya... Tapi kalau aku tak dapat hadir kedua-duanya maaf ye.. Mungkin saya memilih untuk bekerja.. :( Redha kan hati...
 
 
"Ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atu tidak."
 
 
 

 

Jumaat, 14 Jun 2013

Writing is my therapy

"You are good writer. Your words touched my heart....."
Itu katanya kepadaku... 

Bisa aku menjawap begini.. "Selain Allah yang memberi aku kelebihan ini, kau juga adalah salah satu sumber yang bisa menghidupkan aku dengan setiap penulisan ini.." ^_^

I like writing, because writing is my therapy. Because you know you can write without worrying that nobody will listen..... "and deep down, you hope its understood"...

 Dengan menulis aku lebih senang meluah.
Mungkin Kamu Kamu Kamu....
Lebih gemar meluah dengan mencari seorang teman untuk mendengar.
Aku??
Cukup lah dengan mengadu kepada Allah dan Penulisan ku ini..
Mungkin kamu tidak memahami setiap apa yang aku ingin sampaikan, tapi biar lah Allah, Aku dan Siapa yang memahaminya sahaja.

Aku mempunyai cita-cita yang sangat tinggi..
Mahu menjadik Penulis..
Berangan bukan???
Ahhhh
Tapi, itu lah harapanku...
Ada juga yang bilang, "kau mempunyai bakat apa kata kau asah lagi bakat kau itu dengan menulis sebuah Buku"....
Sambil tersenyum, 'ala aku belum cukup ilmu untuk menjadik seorang penulis..'
"ia memang impianku"sambil berbicara di dalam hati.
InsyaAllah suatu hari nanti... Amin.....


Kenal beliau??? Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak.
Beliau adalah salah seorang penulis yang paling aku gemari.
Beliau mempunyai 7 buah Novel 1 kumpulan Cerpen dan 3 buah buku motivasi..


Notakaki : Aku mahu menjadikan penulisan ku ini sebuah laman dakwahku. Tinggi bukan cita-citaku, tapi.. Itu bukan tidak mungkin untuk aku kecapinya satu hari nanti.. InsyaAllah.


Sabtu, 8 Jun 2013

Pandang Lah Hati Mu Seperti Kamu Memandang Langit

Bila ada yang bertanya kepadaku, bagaimana bisa kamu menjadik sekuat ini? Aku mahu menjadik sepertimu, tetap tersenyum bila musibah menyerpa, 
tetap bersemangat walau kamu di persendakan, tetap berjuang walau berbagai tomahan yang tidak menyenagkan datang...

Allah, Allah, Allah......
Semuanya datang dari Allah, aku tidak sekuat yang kau lihat, aku tak sebijak yang kau anggapkan.. Aku jua seperti mu hanya Mahluk ciptaan Allah.. Dari dia aku datang, dan dari dia juga aku kembali.. Allahu Rabbi...
Namun hati ini kuat menyatakan setiap apa yang berlaku adalah sebaik-baik perancanganNya.. Maaf, aku bukan dari kalangan Muslimah soleha, aku hanya lah gadis biasa, yang sedang belajar tentang agamaku.. Yang sedang belajar memperbaiki imanku dan mengejar syurgaNya. Tidak kah ia terlambat??? Benar, Hati ini sering berbicara usia semakin meningkat baru mahu belajar, kanak-kanak pun lebih berpengetahuan dariku, Allah, sungguh terasa hina diri ni.. Bagai ditusuk belati tajam... Benar orang bilang, Ilmu tak kan habis dimamah bumi.... semakin aku mempelajarinya, semakin aku terasa dekat kepadanNya. Allah, sungguh engkau yang menghidupkan jiwaku untuk agamaMu.. "tersenyum sambil berbicara didalam hati "Allah adalah Tuhan ku, dan Muhammad adalah Nabi ku..."


Mengiakan si sahabat dan tersenyum melihatku,

Ya Sahabat kenapa kamu tujukan soalan ini kepadaku???

Saja mahu mendengar setiap jawapan yang kau beri... bila aku mendengarnya aku terdiam,itu bukan bermakna aku tidak memfokusi mu tapi aku menghayati setiap bibit kata-katamu.. cukup bersederhana tapi tersentuh dan memberi impak kepadaku.. kadang-kadang aku mahu sepertimu, bersederhana dalam apa jua keadaan. Kau tidak pernah membandingkan siapa, kau, aku, mereka dimatamu. Kau layan kami sama, tidak membandingkan tudung yang labuh, bertudung sederhana , yang baru mahu berjinak-jinak berhijrah dan yang langsung tidak bertudung. Kau tetap tersenyum dan bersama-sama dengan kami..

Allah, aku tidak pernah membezakan kamu, kerna dalam satu cerita tersembunyi satu kisah, pernah kau tahu masa akan datang itu bagai mana??? tidak bukan... maka ianya bermakna aku tidak akan pernah membezakan mereka yang langsung tidak berhijab, kerna aku yakin mereka mempunyai keinginan berubah "tapi tidak tahu bila?? sesuaikah masanya?? aku mahukan dorongan. aku tidak mahu pakai sekejap pakai dan buka.." itu bisikan hati mereka.. Aku juga pernah merasainya. Berubah lah dengan berperingkat. insyaAllah ianya amat terasa didada. ^_^. Maaf andai kadang-kadang teguran aku ini membuat kau terasa, namun sungguh tiada sedetik niat pun untuk menggurismu, aku hanya mahu kesyurga bersama mu. kita bersahabat bukan setakat disini, tapi aku mahu bersahabat dengan mu hingga ke JANNAH...



sambil berpelukan melihat langit yang luas. Besar sungguh kekuasaan mu ya Allah... ^___^

Rabu, 5 Jun 2013

Bila ia di jalan Allah...

Tetiba hati ni mahu berkongsi tentang bermulanya titik perubahan dalam diri aku. Melakukan perubahan itu tidaklah semudah yang dibayangkan atau harapkan. Sememangnya fitrah jiwa kita lebih cenderung kepada sesuatu yang mudah... Namun tak semudah itu.

Ya perubahan tu mungkin mudah untuk perkara-perkara kecil seperti berfesyen rambut,pakaian atau mungkin cara bercakap dan berjalan. Namun bagi perkara-perkara besar yang menentukan corak hidup , perubahan itu akan terasa berat dan sukar untuk mengharungi.
Alhamdulillah aku diberi masa untuk melakukan perubahan atas diri aku..

"Hidayah itu ibarat cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang mana jendelanya tidak dibuka."

Berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.
Ya mungkin dulu aku dikenali dengan sikap aku yang agak kelelakian, berwatakkan seperti wanita tapi bila bercakap dengan lelaki agak kasar, apa lelaki buat,aku mesti mahu lakukan..seperti aktiviti aku bila berlibur cuti sem kesana sini dengan berbasikal,beriadah diwaktu petang. Walaupun aku sorang je wanita pada masa tu yang suka buat aktiviti bergitu.. Masih teringan lagi kata-kata kawan lelaki ku yang menggelarkan ku (Tomboi). Bila lepak pergi minum ke mesti mereka akan bawa teman wanita mereka dan mula lah bahan membahan bermula(Ok ni sepet, dia ni bukan punkid tau tapi tomboi.nampak pakaian dia macam permpuan kan tapi tengok lah care dia tak macam pompuan langsung) Aku pada masa tu hanya mendiam kan diri sambil tergelak-gelak.Terasa?? biasa-biasa je..

Yey!!!cuti sem bermula, banyak benda aku merancang untuk aktiviti-aktiviti cuti aku ni. Bermulanya sebuah kisah, Masa tu cuti sem, biasa lah mesti masing2 akan pulang ke kampung halaman. tiba di terminal bus dalam lingkunagan 8pm, suasana pada masa tu amat sunyi. Dalam sedang ralit, tetiba datang seorang menegurku ia berpakaian lengkap serba putih (Pakaian Sunah Rasulullah). Ia menghulurkan Naskah yang bertajuk (Menutup Aurat Dengan Sempurna) aku mengambil,tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Lalu lelaki tu pun beredar.. Dalam masa perjalanan tetiba hati rasa tak menentu teringat akan kisah tadi. Ahhhhhh kenape ni?? sambil berbicara pada diri sendiri.

Setibanya aku di dastinasiku, aku tak dapat pejamkan mata... Ya ALLAH...
Selang 2 hari, aku menceritakan kisah yang berlaku kepada kawan-kawan ku, mereka hanya mampu menggelakkan ku dan berkata "ha sepet aku ada buku cara-cara menunaikan solat nak pinjam..? ahhh dengan hembusan hampa, niat nak bercerita mahu si kawan menasihati dan memahami, tapi lain pulak jadiknya. Hurmm walau cara ku bergitu pada waktu itu, aku masih berusaha menjaga solat walaupun kadang-kadang agak liat untuk menunaikannya.

SEMINGGU BERCUTI
Seminggu bercuti, tapi apa yang aku Plan semua tak menjadik, lebih bermurung dirumah, bila keluar pun tak seactive dahulu. Mula berfikir, aku perlukan perubahan diri. Mungkin itu cara Allah memberi hidayah kepadaku. Allahualam...





BERANGKAT PULANG
Aku mulakan langkah untuk pulang ke tempat belajar dengan memakai (JILBAB).. pada pemulaan semua agak terkejut dengan perubahan aku. Ramai juga yang mempertikaikan, antara nya "dah pakai tu jangan bukak balik ye".. aku hanya tersenyum dan berkata InsyaAllah semua kerna Allah bukan hanya berfesyen.
Dari situ aku berubah menjadik seorang yang kurang berbicara (pendiam).. pelahan-lahan saya buang semua aktiviti aku sebelum ni..
Banyak jugak dugaan yang aku hadapi.. tapi aku teruskan jua, biar ape pandangan orang, biar ape tomahan orang sekeliling tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya... dan aku teringan ustaza ku pernah bilang. "hidayah tu milik Allah. hanya dia berhak memberi hidayah itu kepada sesiapa pun. sungguh, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. Mohonlah hidayah itu agar selamat dunia dan akhirat."

MULA DIJAUHI DARI KAWAN-KAWAN
Diri ini bagai tersisih dari kawan-kawan... tapi aku tetap tabah teruskan istiqomah ku ini.. Biar aku dibicara kan, biar aku jadik bualan orang, janji aku tahu ape aku buat. aku yakin perancangan Allah itu lebih indah. Mungkin aku hilang kawan-kawan tapi Allah kurniakan aku sahabat... Ya sahabat... dia yang memberi semangat masa aku jatuh dan memberikan bahunya saat aku bersedih..

TERTARIK DENGAN WANITA BERTUDUNG LABUH
Allah, aku sering berbicara pada diri aku sendiri bila melihat wanita yang bertudung labuh, Mengapa aku tidak bisa seperti mereka.? Bukan kah mereka bakal penghuni syurga?? kau tidak mahu bergitu ka??? yaaa memang aku menjaga solat, melakukan solat sunat, berpuasa dan berpakaian yang tidak menonjol. namun aku lebih suka dengan memakai seluar jeans, tudung hanya menutup di bahagian hadapan... namun aku terasa aku menutup aurat hanya sekadar ala kadar.. Puas aku termenung, kalau bukan sekarang bila lagi??? tunggu sampai mati?? mahu bergitu?? menangis dan menangis.. Ya Allah aku perlukan perubahan itu..
Aku beli sehelai tudung labuh berukuran 60 bidang, ku kenakan bersama jubah, Allah, indah sungguh bila aku bergini, bukan hendak memuji diri, namun itu yang aku rasakan. menutup dengan sempurna itu kelihatan sopan dan sungguh cantik. sekali lagi menitis air mata dipipi. Ku menangis sepuas-puasnya.

''ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, dan jika ini dapat membahagiakanMu, kuatkanlah aku, permudahkanlah segala urusanku dalam hijrah di jalanmu, ya Allah, Didiklah aku menjadik muslimah yang solehah... Aminnnn "bisik hatiku"



SEKARANG??
Alhamdulillah semuanya lebih indah dari sebelumnya... Perjalan hidup ku yang semakin mendekatinya InsyaAllah.. Aku teruskan istiqomah ku ini. Benar orang bilang, semua orang ada masa silam mereka, kerna masa silam, kita menjadik diri kita yang sekarang.. Aku bersyukur masih diberi peluang. tidak ku sia-siakan peluang yang ada ini.sungguh ianya dari hati. Walau siapa pun kita di masa lalu, itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk menjadik Muslimah yang baik. Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah.



Jangan pandang pada kisah silamnya kerna kita tidak tahu lagi pengakhirannya, kerna Allah tidak menilai perawalan namun menilai di pengakhiranya...





Isnin, 6 Mei 2013

Jika Aku Jatuh Cinta

Datang seorang sahabat dan bertanya,Awak tak jeles ke tengok orang lain bercinta??? aku tersenyum-senyum seketika... kenape awak tanya Daya??? saya saje je nak dengar penjelasan awak.. Saya nampak awak seperti biasa-biasa saja. "Terdiam.. lalu aku berfikir mahu ku balas apa dengan soalan ini ya???
Si sahabat dengan muka penuh pengharapan berharap agar aku dapat menjawap soalan itu.

Lalu aku menjawap persoalan yang di ajukan..
"Awak, saya seperti mereka-mereka mahukan kasih sayang dan perhatian... cermburu??? Mungkin dulu saya cemburu melihat pasangan yang bercinta,berpimpingan tangan keluar bersama.. Tapi sekarang mungkin tidak.... Saya lebih jeles tengok pasangan yang sudah bernikah... Rasa yang halal tu lebih indah..Terhenti disitu...(Tetiba termunung jauh)

So maknanya awak nak kahwin lah ni Nurul??? Untunglah nak bernikah dah...hehehe (sambil tergelak kecil dan mengusik ku)..

Aku yang masih dengan lamunan tidak menghiraukan apa yang dibicarakan sekejap tadi...
Datang si sahabat dengan lebih dekat sambil menyandarkan kepalanya di bahu ku dan memelukku sekuatnya..
Terhenti lamunan ku.. Ku biarkan saja si sahabat dengan kelakuannya.
Tetiba terasa basah dipipi.. dengan cepat ku hapuskan agar tidak terlihat oleh sahabat.Aku mahu dimatanya aku seorang yang kuat agar aku dapat melindunginya....Tapi!!! sememangnya aku bukan seperti yang dia lihat...

"Awak, saya memang lah nak Nikah tapi tak ada sape nak nikah dengan saya lah... Awak cari calon untuk saya ok??? copp2.... tapi saya memilih yeeeee... ada tak calon yang macam Fatih Seferagic?? hehehe

Amboi dia sampai ke Fatih Seferagic hey.. Ustaz-ustaz kat malaysia dah tak ada ka???

"Saya gurau jelah sayang, saya tak berharap pun nak suami yang ada title ustaz pon... cukup lah yang boleh membimbing saya, Menegur silap saya dan menyanyangi saya... (sambil mengangkat-angkat kening)

Awak ni senget lah... Tapi saya tau ape yang awak sedang fikirkan. ape-apa pun saya sayang awak...

" ^___^ senyuman lebar... saya bersyukur mempunyai sahabat macam awak.. saya sayang awak kerna Allah.





JIKA AKU JATUH CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Selasa, 30 April 2013

Ukhwah yang terjalin

Kami bersahabat kerana Allah
(Persahabatan yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain)
Semoga ukhwah ini membawa kita untuk lebih taat kepadaNya (ALLAH)



Dari sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman:
"kecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, 
KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu,
kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalinkan persaudaraan keranaKu"
(Riyadhus salihin)


Kami bukan dari kalangan yang saling mengenali, 
tapi Allah telah pertemukan kami.
Dari situ kami berTaaruf.
Mengenali satu sama lain..
Indah kan bila berjumpa/dipertemukan di tempat-tempat yang masing-masing mencari ilmu Allah.


IluvCinta (Baitul Muslim)

Sebelum ni saya kenal sorang je, Dek Erra tu pun masa saya menghadiri Malam Cinta Rasul..
kemudian bila ada pogrem-pogrem Dek Erra akan ajak..
dari situ kami menjadik Akrab.
dan saya mengenali sahabat yang lain.. ^_^


Antara ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t

1-Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabat yang dalam kesusahan.
2-Bersifat toleransi dan memaafkan
3-Berjumpa dengan wajah yang senyum dan disenangi.
4-Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t
5-Setia dan berbuat baik kepada sahabat
6-Tidak memburuk-burukkan sahabat.
7-Mengelak berselisihan faham,gurau berlebihan dan tepati janji.
8-Bersifat pemurah dan muliakan sahabat
9-Mendoakan sahabat..



Selasa, 16 April 2013

Akanku berlari dan terus berlari

Bila hati ini menangis mahukan bahu seorang untuk aku bersandar,
Aku mahu meluah semahu-mahunya.
"Sebal" dengan perasaan ni..


Astaghfirullah Hal Azim,,
Terasa basah dipipi ku, ku ambil helaian kain untuk hapuskan semuanya.
Lagi aku kerap menghapuskan air mata ni, lagi ia mengalir dengan derasnya..


Sambil meletakkan kepala di atas meja..
Jauh sungguh aku melayang, 

Bagai layang yang semakin tinggi di udara.


berbicara pada diri sendiri.
"Nurul putuskan tali layang itu" BANGKIT!!!!

Berlayar lah kamu bersama bahtera Agama mu.


Dengan wudhuk yang masih tersisa,
Aku menyemat kan hati dengan Kalam Allah (Al Quran),
Sungguh aku kembali bangkit,
Sungguh besar kekuasaan Mu Ya Allah,


Kembali tersenyum dan bersyukur aku tidak melayang jauh melayan perasaan.
Sambil tergelak kecik berbicara "sudah ku usir syaiton yang mahu menyesatkan ku"

^__^

Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Jangan engkau biarkan diriku walau seketika,

Ku yakin engkau memerhatikan setiap pergerakan ku, setiap laku ku..
Disaat aku melangkah menuju Kepada Mu,
Ku pasti Engkau mendenggari setiap rintihanku, di saat aku menyeru membisikkan nama AgungMu.

Ya Tuhan Ku,


Selimutkan lah aku dengan HidayahMu,
Balutilah jasadku dengan pakaian takwaMu,
Mandikan lah ku dengan wangian bungaan disyurgaMu.
Bersemadikanlah ku dengan arashMu
Liputilah aku dengan keimanan serta penyerahan kepadaMu khalik yang Maha Agung.



Ya Tuhan Ku,

Akanku berlari dan terus berlari,
Akanku mencari dan terus mencari,
berlari dan mencari cintaMu.

Ku serahkan jiwa dan ragaku untukMu,
Agar aku menjadik Makhluk Mu yang mentaati Mu.
Sememangnya aku sedang belajar untuk lebih mentaati Mu.







Isnin, 18 Mac 2013

Rezki Itu Jaminan Allah

Ahhh mengeluh panjang, penatnya hari ni bekerja "sambil terbaring di atas katil". Tetiba teringat kat tempat kerja, terbayang muka Kak Husnah ,Kak Maria, Kak Ekin, Kak Zura, Kak Su, Abg Hafiz,Abg Yus dan Aizat a.k.a budak gemuk yang menyakitkan hati selalu.. 'Ai Nurul dah balik rumah pun teringat die orang ke?? "sambil tersenyum sorang-sorang" Ya ALLAH peliharalah  kami sememangnya hubungan nie lebih berharga dari segalanya.
Jam menunjukkan pukul 10.30pm. Ah' Berangan je lah kau ni Nurul, selalu sangat lalai, Solat Isyak tak lagi,nak layan berangan kau je. "bagai ada satu bisikan yang mengejutkan aq dari lamunan..Tersedar, Lalu aku berbingkas bangun dan mencapai Towel untuk membersihkan diri dan menunaikan Solat..


Terduduk aku di tikar Solat, Pemikiran kembali terganggu. Teringat kata-kata Akak dan Mak aku, sampai bila nak kerja macam nie?? Penat-penat pergi belaja, Buat pinjaman tapi kerja??? lari bidang.. PTPTN dah bayar?? Ahhh Cuba cari kerja yang boleh menjamin masa depan.. Aku hanya mampu senyap dan tersenyum je. 'tetiba mengalir air mata' Aku bukan duduk diam je, aku bukan tak berusaha. Kadang-kadang susah nak fahamkan. Dengan faktor dan Taraf hidup sekarang. Bekerja bukan sebab kedudukan tapi bekerja kerna Rezki yang Halal. Aku sayang akan kerja aku sekarang. Even aku just contract, kalau prestasi kita bagus, disenangi mesti orang akan ambil kita bekerja. Sememangnya Rezki sudah tercatat di Luh Mahfuz. Mensyukuri setiap Rezki yang diberi lebih bermakna dari menggeluh tentang Rezkinya..."sambil tangan melipat helaian telekung dan sejadah.


Kembali rebah di atas katil. Fon berbunyi, Pengirim "Biha" Seseorang yang tak pernah jemu melayan kerenah aku, selalu memberi motivasi pada ku. Bila aku sedih dia yang memujuk hatiku,bila aku gembira dia orang petama yang aku ceritakan. "Terukir senyuman dibibir" aku membalasnya "Ya saya"........





To Be Continued...........

Jumaat, 15 Mac 2013

Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah "Bidadari Di Bumi"

Ermmm bila aku teringat akan kisah Bidadari Syurga AINUL MARDHIAH tersa cemburu dihati, (Mengelamun)


Perlu Cemburu Ke?
Bagi kaum wanita, usahlah cemburu. Ada jalan untuk menjadik lebih baik dari Bidadari. Dan Rasulullah Sallallahu'alaihi wa Sallam Pernah bersabda....



Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Dan aku mula bertanya pada diri aku... Bagaimana mahu jadi lebih baik dari bidadari ye????
Aku Tahu Allah maha adil , dan setiap apa yang difirmankan akan benar-benar dilaksanakan. Percayalah dengan usaha kerana Nya bahawasanya Wanita Solehah akan diberi ganjaran dengan setimpalnya.
Antara Ciri-ciri wanita yang bakal bidadari adalah dengan menjaga auratnya. Maka Jagalah aurat, ia merupakan jalan menjadik ketua bidadari.

Aurat menurul Al Quran


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
An-Nur:31



  1. Jangan perlihatkan perhiasan tubuh (bentuk badan, anggota selain wajah dan tapak tangan).
  2. Menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala. Labuhkan tudung hingga menutup kawasan dada.
  3. Jangan memakai perhiasan dikaki yang mampu dilihat atau didengar oleh bukan mahram seperti gelang kaki yang mempunyai lonceng.






Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Maka ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Maka kasihanilah hambamu ini dengan sepenuh kasih sayangMu, hanya padaMu pengharapan Hamba
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Tiada daya hamba untuk menolak segala ketentuanMu
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Maka lindungilah hamba ini dari segala rasa putus asa terhadap rahmatMu
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Permudahkan lah segala ujian yang engkau beri kepada hambaMu ini

Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Namun hambaMu ini akan berusaha menkecapi syurgamu agar menjadik seorang muslimah yang lebih MentaatiMu serta kedua Ibu Bapaku..



AnganKu Menjadik Bidadari Syurga.. ^_^ 


Jumaat, 22 Februari 2013

BAITUL MUSLIM




Lame nya saya tak update blogger saya nie...sedang kan boleh je nak update hari-hari cuma tulah tak ada idea nak tulis apa... ok-ok.... hari nie saya nak bercerita sikit tentang minggu lepas.... Alhamdulillah saya dapat menghadiri seminar Baitul Muslim 2.0.. bersyukur sangat. walau pun saya terlepas yang RM80.00 one session saya dapat hadiri jugak walaupun RM150.00 one session semua berkat Nabilah a.k.a Bella..hehehe saya sayang awak lebeh dari boyfriend saya... boyfriend??? ada ke??? muntah kejap kalau ada...hehehe...by the way saya pergi ke dua-dua pogrem tu... untuk session pertama bertajuk SEBELUM AKU BERNIKAH... dengar tajuk je mesti korang rase macam Wooooo best nye.... kebanyakan 1st session nie orang-orang yang belum berumah tangga, yang mahukan motivasi sebelum berumah tangga, yang masih mencari pasangan sebelum berumah tangga dan yang sudah bertunang dan yang mahu berumah tangga... tapi ada jugak mak-mak mereka yang hadir menemani anak-anak mereka... seriously aku rase teruja bila lihat seorang anak lelaki menghadiri seminar ni bersama ibunya.. apa yang aku lihat dan aku anggap lah lelaki seperti ni sesuai di buat calon suami... O00ppppsss bukan calon suami untuk saya tapi idaman semua wanita....mesti ia mempunyai 4 ciri suami yang baik... 

1)Beragama

2)Bertanggungjawab
3)Penyayang
4)Memahami
#$#$#$# Berangan sambil lihat syiling....

Ok untuk the second session pulak bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA..Ahhh tajuk nie lagi best.. seriously best....untuk session nie ramai yang sudah berumah tangga yang hadir... tapi ada juga yang tak berkahwin lagi yang hadir.. salah seorang nya saya lah....hehehe nampak tak sebenarnya saya exited nak berumah tangga??? kikikiki tak ada lah.. masing-masing ada pendapat dan niat hadiri seminar nie... bay the way saya nak lebih berpengetahuan tentang Agamaku,kebaikan,keburukan,keistimewaan dan keimanan sebagai seorang MUSLIMAH di muka bumi ni... 




 Nie antara penal yang hadir.. semoga ilmu yang kau beri memberi manfaat kepada ku...



Terima kasih ye sahabat..kalau tak ada awak saya tak kan pergi.kalau saya ada teman istimewa sekali pon serious saya akan letak kan awak yang teratas darinya...

Jumaat, 18 Januari 2013

Jodoh Ku Urusan Allah

Tetiba hati ni bagai ditusuk. Bergetar semua tubuhku.... Ya Allah andai ini ujian yang kau berikan untuk ku, aku terima...

soal hati ni kadang2 susah nak fahami..
serious aku tak tahu nak bercerita...
tapi!!!
hati  mahu meluahkan...
apa yang aku diamkan x mampu untuk aku tahani lagi...
hati aku x boleh dipaksa untuk menerima seseorang...
Errrrmmmmmm!!!!
sempat aku mengeluh panjang.......

telifon berbunyik!!!!!!
datangnya SMS no yang aku x pernah simpan, tapi aku tahu sape pengirim itu.
"Kita Tunang Nurul"
berulang2 SMS tu masuk...
menyakinkan aku yang ianya bukan sekadar omong kosong...
hati aku sekecil kuman...
sering kali menanges,terasa penuh pemikiran aku..
aku tak mampu berdalih lagi....
aku perlu bersikap jujur...
sampai bila aku nak berdiam diri????
pekataan TIDAK MAHU itu yang aku x mampu meluahkan...
hati aku bukan untuk dia,
BUKAN UNTUK DIA....
aku tahu Jodoh Itu Rahsia Allah..
kadang2 kita berharap orang yang kita sayangi, yang sentiasa ada di sisi itu jodoh kita....
tapi!!!!
belum tentu dia jodoh kita....
berkata untuk diri sendiri "xperlu berharap benda yang x pasti"



yaaaa tak perlu berharap nurul....
dari situ aq memberani kan untuk BERKATA TIDAK....
maaf "Pengirim SMS" soal hati tak boleh dipaksa.

aku"menolak bukan bermakna kau tidak layak untukku,dan bukan bermakna aku membencimu, tapi menolak kerna hatiku belum bersedia untuk menerimamu..aku bukan antara wanita yang solehah yang layak untuk dirimu banyak benda yang aku perlu pelajari..banyak benda aku perlu kecapi..... aku mintak maaf kalau ape yang aku kata ni menyinggung hati kau, serious aku x ada niat pon...

"send to pengirim".... 15 minit berlalu.

pengirim SMS"NURUL kau antara bunga syurga,kau penghias bumi kau antara wanita yang membuat orang ketawa,menjadi pendegar yang setia,berfikiran terbuka berkawan dengan seadanya... errmmm mungkin kau menyoalkan,kau bukan antara wanita yang SOLEHAH untuk di isterikan,tapi kau antara wanita yang mencuba menjadik SOLEHAH untuk TuhanMU (ALLAH), aku bukan mahu menggula-gulakan hati kau, mungkin kau x pernah perasan aku memerhatikan kau, mengayat semata???....ianya dari apa yang aku perhatikan... xapelah aku terima semuanya aku tahu hati kau untuk dia.... kau antara penemanku berbicara,bercerita meskipun kau penuh misteri....

menitis air mataku.... maaf yang berkali-kali keluar dibibirku....
melihat ke dinding.... ber Istikhfar kepadanYa.... Ya Allah aku serbesalah Ya Allah andai ini ujian yang kau berikan aku terima Ya Allah...

semakin hari aku semakin berdikari, kerna kisah semalam aku begitu tabah mengenai hati... Bagi yang bercinta??? kenali lah hati.. berkaitan cinta dan hati... cuba kamu selami.. sakitnye hati kerana cinta yang x pernah hakiki... mengenali lah cinta pada yang hakiki iaitu Allah SWT.....


notakaki: kau memberi aku menolak... doa yang mampu ku kirim untukmu agar jodohmu bersama orang yang mengasihimu....
peringatandiri: Oha, belajar dari kelalaian, lalai itu memudaratkan diri sendiri,sakit engkau yang merasa, pedih engkau yang terasa peritnya.. bagi kaum Adam, aku x pernah menyalahkan kau, tapi sudah lah yang sering menyakiti hati kaum hawa, sudah lah menyebarkan virus CINTA... sememang nya orang yang teranianya antara orang yang paling kuat untuk melawanMu...

Istiqamah

Istiqamah bermaksud : Berdiri trguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan,amalan, pandangan hidup, perjuangan. (tidak berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan)




Bercerita mengenai Istiqamah, aku baru mengerti dan fahami apa maksunya.. Aku antara orang yang baru belajar untuk lebih mentaati tuhanku (ALLAH).
UJIAN?? macam-macam ujian yang aku hadapi,sesal tentang dosa-dosa yang aku pernah lakukan.Setiap hari dengan tangisan terkenang tentang dosa yang aku lakukan,bertapa jahilnya aku dimatamu Ya Allah.Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan..Aku seperti kalian manusia biasa yang diciptakan di dunia ini untuk menerima ujian dan godaan.Tiada siapa yang dapat mengelak dan mempertikaikan sesuatu musibah yang terjadik dalam kehidupan kita kerana semua itu adalah diluar kekuasaan kita dan hannya Allah SWT maha mengetahui segalanya tentang baik dan buruk sesuatu kejadian yang menimpa kita.

Kususun semula hidupku agar ianya lebih diberkati.Kuatur setiap langkahku menuju kejalanmu.Ya Allah sungguh aku rapuh tanpaMu sungguh ku lemas tanpa imanku.
Sungguh hanya kau yang satu.