Jumaat, 14 Jun 2013

Writing is my therapy

"You are good writer. Your words touched my heart....."
Itu katanya kepadaku... 

Bisa aku menjawap begini.. "Selain Allah yang memberi aku kelebihan ini, kau juga adalah salah satu sumber yang bisa menghidupkan aku dengan setiap penulisan ini.." ^_^

I like writing, because writing is my therapy. Because you know you can write without worrying that nobody will listen..... "and deep down, you hope its understood"...

 Dengan menulis aku lebih senang meluah.
Mungkin Kamu Kamu Kamu....
Lebih gemar meluah dengan mencari seorang teman untuk mendengar.
Aku??
Cukup lah dengan mengadu kepada Allah dan Penulisan ku ini..
Mungkin kamu tidak memahami setiap apa yang aku ingin sampaikan, tapi biar lah Allah, Aku dan Siapa yang memahaminya sahaja.

Aku mempunyai cita-cita yang sangat tinggi..
Mahu menjadik Penulis..
Berangan bukan???
Ahhhh
Tapi, itu lah harapanku...
Ada juga yang bilang, "kau mempunyai bakat apa kata kau asah lagi bakat kau itu dengan menulis sebuah Buku"....
Sambil tersenyum, 'ala aku belum cukup ilmu untuk menjadik seorang penulis..'
"ia memang impianku"sambil berbicara di dalam hati.
InsyaAllah suatu hari nanti... Amin.....


Kenal beliau??? Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak.
Beliau adalah salah seorang penulis yang paling aku gemari.
Beliau mempunyai 7 buah Novel 1 kumpulan Cerpen dan 3 buah buku motivasi..


Notakaki : Aku mahu menjadikan penulisan ku ini sebuah laman dakwahku. Tinggi bukan cita-citaku, tapi.. Itu bukan tidak mungkin untuk aku kecapinya satu hari nanti.. InsyaAllah.


Sabtu, 8 Jun 2013

Pandang Lah Hati Mu Seperti Kamu Memandang Langit

Bila ada yang bertanya kepadaku, bagaimana bisa kamu menjadik sekuat ini? Aku mahu menjadik sepertimu, tetap tersenyum bila musibah menyerpa, 
tetap bersemangat walau kamu di persendakan, tetap berjuang walau berbagai tomahan yang tidak menyenagkan datang...

Allah, Allah, Allah......
Semuanya datang dari Allah, aku tidak sekuat yang kau lihat, aku tak sebijak yang kau anggapkan.. Aku jua seperti mu hanya Mahluk ciptaan Allah.. Dari dia aku datang, dan dari dia juga aku kembali.. Allahu Rabbi...
Namun hati ini kuat menyatakan setiap apa yang berlaku adalah sebaik-baik perancanganNya.. Maaf, aku bukan dari kalangan Muslimah soleha, aku hanya lah gadis biasa, yang sedang belajar tentang agamaku.. Yang sedang belajar memperbaiki imanku dan mengejar syurgaNya. Tidak kah ia terlambat??? Benar, Hati ini sering berbicara usia semakin meningkat baru mahu belajar, kanak-kanak pun lebih berpengetahuan dariku, Allah, sungguh terasa hina diri ni.. Bagai ditusuk belati tajam... Benar orang bilang, Ilmu tak kan habis dimamah bumi.... semakin aku mempelajarinya, semakin aku terasa dekat kepadanNya. Allah, sungguh engkau yang menghidupkan jiwaku untuk agamaMu.. "tersenyum sambil berbicara didalam hati "Allah adalah Tuhan ku, dan Muhammad adalah Nabi ku..."


Mengiakan si sahabat dan tersenyum melihatku,

Ya Sahabat kenapa kamu tujukan soalan ini kepadaku???

Saja mahu mendengar setiap jawapan yang kau beri... bila aku mendengarnya aku terdiam,itu bukan bermakna aku tidak memfokusi mu tapi aku menghayati setiap bibit kata-katamu.. cukup bersederhana tapi tersentuh dan memberi impak kepadaku.. kadang-kadang aku mahu sepertimu, bersederhana dalam apa jua keadaan. Kau tidak pernah membandingkan siapa, kau, aku, mereka dimatamu. Kau layan kami sama, tidak membandingkan tudung yang labuh, bertudung sederhana , yang baru mahu berjinak-jinak berhijrah dan yang langsung tidak bertudung. Kau tetap tersenyum dan bersama-sama dengan kami..

Allah, aku tidak pernah membezakan kamu, kerna dalam satu cerita tersembunyi satu kisah, pernah kau tahu masa akan datang itu bagai mana??? tidak bukan... maka ianya bermakna aku tidak akan pernah membezakan mereka yang langsung tidak berhijab, kerna aku yakin mereka mempunyai keinginan berubah "tapi tidak tahu bila?? sesuaikah masanya?? aku mahukan dorongan. aku tidak mahu pakai sekejap pakai dan buka.." itu bisikan hati mereka.. Aku juga pernah merasainya. Berubah lah dengan berperingkat. insyaAllah ianya amat terasa didada. ^_^. Maaf andai kadang-kadang teguran aku ini membuat kau terasa, namun sungguh tiada sedetik niat pun untuk menggurismu, aku hanya mahu kesyurga bersama mu. kita bersahabat bukan setakat disini, tapi aku mahu bersahabat dengan mu hingga ke JANNAH...



sambil berpelukan melihat langit yang luas. Besar sungguh kekuasaan mu ya Allah... ^___^

Rabu, 5 Jun 2013

Bila ia di jalan Allah...

Tetiba hati ni mahu berkongsi tentang bermulanya titik perubahan dalam diri aku. Melakukan perubahan itu tidaklah semudah yang dibayangkan atau harapkan. Sememangnya fitrah jiwa kita lebih cenderung kepada sesuatu yang mudah... Namun tak semudah itu.

Ya perubahan tu mungkin mudah untuk perkara-perkara kecil seperti berfesyen rambut,pakaian atau mungkin cara bercakap dan berjalan. Namun bagi perkara-perkara besar yang menentukan corak hidup , perubahan itu akan terasa berat dan sukar untuk mengharungi.
Alhamdulillah aku diberi masa untuk melakukan perubahan atas diri aku..

"Hidayah itu ibarat cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang mana jendelanya tidak dibuka."

Berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.
Ya mungkin dulu aku dikenali dengan sikap aku yang agak kelelakian, berwatakkan seperti wanita tapi bila bercakap dengan lelaki agak kasar, apa lelaki buat,aku mesti mahu lakukan..seperti aktiviti aku bila berlibur cuti sem kesana sini dengan berbasikal,beriadah diwaktu petang. Walaupun aku sorang je wanita pada masa tu yang suka buat aktiviti bergitu.. Masih teringan lagi kata-kata kawan lelaki ku yang menggelarkan ku (Tomboi). Bila lepak pergi minum ke mesti mereka akan bawa teman wanita mereka dan mula lah bahan membahan bermula(Ok ni sepet, dia ni bukan punkid tau tapi tomboi.nampak pakaian dia macam permpuan kan tapi tengok lah care dia tak macam pompuan langsung) Aku pada masa tu hanya mendiam kan diri sambil tergelak-gelak.Terasa?? biasa-biasa je..

Yey!!!cuti sem bermula, banyak benda aku merancang untuk aktiviti-aktiviti cuti aku ni. Bermulanya sebuah kisah, Masa tu cuti sem, biasa lah mesti masing2 akan pulang ke kampung halaman. tiba di terminal bus dalam lingkunagan 8pm, suasana pada masa tu amat sunyi. Dalam sedang ralit, tetiba datang seorang menegurku ia berpakaian lengkap serba putih (Pakaian Sunah Rasulullah). Ia menghulurkan Naskah yang bertajuk (Menutup Aurat Dengan Sempurna) aku mengambil,tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Lalu lelaki tu pun beredar.. Dalam masa perjalanan tetiba hati rasa tak menentu teringat akan kisah tadi. Ahhhhhh kenape ni?? sambil berbicara pada diri sendiri.

Setibanya aku di dastinasiku, aku tak dapat pejamkan mata... Ya ALLAH...
Selang 2 hari, aku menceritakan kisah yang berlaku kepada kawan-kawan ku, mereka hanya mampu menggelakkan ku dan berkata "ha sepet aku ada buku cara-cara menunaikan solat nak pinjam..? ahhh dengan hembusan hampa, niat nak bercerita mahu si kawan menasihati dan memahami, tapi lain pulak jadiknya. Hurmm walau cara ku bergitu pada waktu itu, aku masih berusaha menjaga solat walaupun kadang-kadang agak liat untuk menunaikannya.

SEMINGGU BERCUTI
Seminggu bercuti, tapi apa yang aku Plan semua tak menjadik, lebih bermurung dirumah, bila keluar pun tak seactive dahulu. Mula berfikir, aku perlukan perubahan diri. Mungkin itu cara Allah memberi hidayah kepadaku. Allahualam...





BERANGKAT PULANG
Aku mulakan langkah untuk pulang ke tempat belajar dengan memakai (JILBAB).. pada pemulaan semua agak terkejut dengan perubahan aku. Ramai juga yang mempertikaikan, antara nya "dah pakai tu jangan bukak balik ye".. aku hanya tersenyum dan berkata InsyaAllah semua kerna Allah bukan hanya berfesyen.
Dari situ aku berubah menjadik seorang yang kurang berbicara (pendiam).. pelahan-lahan saya buang semua aktiviti aku sebelum ni..
Banyak jugak dugaan yang aku hadapi.. tapi aku teruskan jua, biar ape pandangan orang, biar ape tomahan orang sekeliling tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya... dan aku teringan ustaza ku pernah bilang. "hidayah tu milik Allah. hanya dia berhak memberi hidayah itu kepada sesiapa pun. sungguh, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. Mohonlah hidayah itu agar selamat dunia dan akhirat."

MULA DIJAUHI DARI KAWAN-KAWAN
Diri ini bagai tersisih dari kawan-kawan... tapi aku tetap tabah teruskan istiqomah ku ini.. Biar aku dibicara kan, biar aku jadik bualan orang, janji aku tahu ape aku buat. aku yakin perancangan Allah itu lebih indah. Mungkin aku hilang kawan-kawan tapi Allah kurniakan aku sahabat... Ya sahabat... dia yang memberi semangat masa aku jatuh dan memberikan bahunya saat aku bersedih..

TERTARIK DENGAN WANITA BERTUDUNG LABUH
Allah, aku sering berbicara pada diri aku sendiri bila melihat wanita yang bertudung labuh, Mengapa aku tidak bisa seperti mereka.? Bukan kah mereka bakal penghuni syurga?? kau tidak mahu bergitu ka??? yaaa memang aku menjaga solat, melakukan solat sunat, berpuasa dan berpakaian yang tidak menonjol. namun aku lebih suka dengan memakai seluar jeans, tudung hanya menutup di bahagian hadapan... namun aku terasa aku menutup aurat hanya sekadar ala kadar.. Puas aku termenung, kalau bukan sekarang bila lagi??? tunggu sampai mati?? mahu bergitu?? menangis dan menangis.. Ya Allah aku perlukan perubahan itu..
Aku beli sehelai tudung labuh berukuran 60 bidang, ku kenakan bersama jubah, Allah, indah sungguh bila aku bergini, bukan hendak memuji diri, namun itu yang aku rasakan. menutup dengan sempurna itu kelihatan sopan dan sungguh cantik. sekali lagi menitis air mata dipipi. Ku menangis sepuas-puasnya.

''ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, dan jika ini dapat membahagiakanMu, kuatkanlah aku, permudahkanlah segala urusanku dalam hijrah di jalanmu, ya Allah, Didiklah aku menjadik muslimah yang solehah... Aminnnn "bisik hatiku"



SEKARANG??
Alhamdulillah semuanya lebih indah dari sebelumnya... Perjalan hidup ku yang semakin mendekatinya InsyaAllah.. Aku teruskan istiqomah ku ini. Benar orang bilang, semua orang ada masa silam mereka, kerna masa silam, kita menjadik diri kita yang sekarang.. Aku bersyukur masih diberi peluang. tidak ku sia-siakan peluang yang ada ini.sungguh ianya dari hati. Walau siapa pun kita di masa lalu, itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk menjadik Muslimah yang baik. Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah.



Jangan pandang pada kisah silamnya kerna kita tidak tahu lagi pengakhirannya, kerna Allah tidak menilai perawalan namun menilai di pengakhiranya...