Sabtu, 8 November 2014

Menuju kejayaan...

Hey,
Lena kau berselimutkan kulit babi.
Rasa mahu saja simbah air berbaldi-baldi.

Enak engkau berbuai mimpi,
Sedangkan Ilahi sedang memangil diri.

Adoi,
Bicara pada diri ini.
Kalau lah babi itu nampak dengan rialiti.
Pasti bergegas aku bangun bersujud kepada Ilahi.

Melayu bergini lah.
Benda berkaitan babi baru mencecit lari.
Halal, haram dan ini.

Bila arak?
Rasuah?
Memakan daging saudara sendiri
Dan
Melaksanakan paggilan Ilahi.
Ada saja pandang remeh itu dan ini.

Alasan nya pasti bergini.
Belum dapat keredhaan diri Hidayah dari Ilahi.

Abis,
Kalau kau terus bergini.
Kau pasti esok tidak mati?

Khamis, 6 November 2014

Si Jengkel..

Entah lah,
Mungkin aku bukan si penyenang hati.

Apa lagi si pelembut hati.
Menjengkel kan itu sudah pasti.

Hey,
Masih tidak menegerti?
Apa lagi?
Tak puas hati?

Motif diri aku tak dipuas hati?
Sifat iri hati?
Aku berlagak itu dan ini?

Sumpah itu penyakit hati.

Sudah lah..
Aku tudak mahu menambah dosa yang banyak berbaki.

Apa lagi?
Untuk mencuri hati ini?

Baru aku mengerti.
Itu motif diri mu.

Bukan tak sudi.
Maaf orang belagak memang macam ini.

Sebab sudah di "Cop" miliki.

#zine
#PencintaPuisi

Rabu, 5 November 2014

Roda yang berputar..

Karma,
Hidup ini lontaranya ia berputar.

Putaran ia seperti siang jadinya malam.
Malam jadinya siang.
Rutin harian kehidupan.

Gelaknya kau gah di pusara bumi.
Gelaknya tanpa henti seperti kau akan kekal happy.

Sudah lah.

Bukan kah Tuhan sudah berjanji.
Bila kau menyakiti pasti kau juga akan merasa semua itu nanti.

Aku bukan menakutkan.
Tapi sungguh itu satu realiti.

Dr Aidh Al-Qarni ada menyebut dalam bukunya bertajuk La Tahzan.

“Jangan bersedih ! Tidakkah anda memperhatikan bagaimana awan yang hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat menjadi terang benderang, angin yang sedemkian kencang itu mendadak menjadi tenang, dan angin puyuh itu tiba-tiba terhenti? Semua itu menandakn beban hidup anda yang seberat apapun dapat hilang dan berubah menjadi kebahagiaan. Bahkan, kesengsaraan hidup anda pun pasti akan berakhir pada kehidupan yang aman, tenteram, dan menjanjikan masa depan yang gemilang.”

Isnin, 3 November 2014

Lontaran Krikil.....

Harap kan kata-kata positive dalam diri.

Ya, kau lihat aku kuat.
Ya, kau bilang please kuat.
Ya, aku tak nafikan aku bisa saja kuat. Qowi...
Ya, emang aku bisa kuat..
Kuat kerana Tuhan yang berada disisi.

Kadang, mahu saja lempar krikil-krikil keras yang bergigi tu dalam hati. Agar dia betul-betul kukuh dimamah si penyakit hati.

Sunguh kadang aku rasa payau pada diri sendiri.
Kelat apakan lagi.

Tapi itu lah rialiti mahluk yang perlu hadapi.

Tiada cerita, jika jalan itu tak berduri.
Itu rialiti "si pencari Ilahi".
Yang penuh dengan onak dan duri.

Khamis, 23 Oktober 2014

Kambing hitam

Betul ke orang bilang jika kita sering menolak jodoh itu akan lambat sampai?

Ahhhh, bingit cuping ini bila ramai yang mahu menjadi penentu hidup aku.

Yaaa,
Aku tahu kalian risaukan aku.

Yaaa,
Aku tahu kalian mahu yang terbaik untuk aku.

Yaaa,
Aku tahu kalian nak aku bahagia.

Tapi,
Pernah tak kalian fikir,
Ia kebahagian aku atau kebahagian kalian?

Jika kalian dipaksa atau ayat sakarstiknya 'Kambing Hitam' kalian suka?
Tidak bukan.
Begitu juga dengan aku.

Bukan niat untuk bersifat kurang hajar,
Namun,
Memang perlu diajar..

Hurmmm
Sinis tempek kat muka.
Ngadu kawan yang buat aku berfikir.

Ahad, 24 Ogos 2014

Herly kesayangan M a m a

Hurmm dua tiga hari dah ni teringat herly.

Assalamualaikum herly, herly sihat kat sana tak? Mama rindu sangat kat herly. Almost 3 year herly tingal kan mama. Herly kesayangan mama. Sentiasa ada dengan mama masih herly hidup dengan mama. Sekarang? Hurmm

Mama ingat lagi, macam mana rasa kehilangan benda yang mama sayang.

Ia itu herly.

Herly kesayangan mama.

Herly ingat mama lagi? Mama selalu bagi herly makan bagi Herly minum. Herly ingat lagi tak? Hurmm

Walaupun herly tak ada dekat dengan mama lagi, mama harap herly bahagia dengan dunia herly. Mama tak tahu herly masih hidup atau dah mati. Kalau hidup pun mama tak boleh buat apa. Herly jauh dari mama. Jauh sangat...

Herly rindu barang-barang herly tak?
Mama simpan lagi rumah herly. Mama simpan lagi beg herly. Mama simpan kenangan kita. Semua kenangan herly mama simpan. Kawan-kawan mama pun masih ingat akan herly.

Herly, mama tak tahu herly lihat ke tak masih mama cari herly. Mama nagis-nagis bangun tidur lihat herly tak ada dah kat tempat tidur herly. Mama pagil dengan kasih sayang. Habis satu rumah bising tentang kehilangan herly. Semua cari herly. Kalau boleh mama tak mau pergi practical, tak mau teruskan kehidupan mama sebagai seorang pelajar. Tapi kawan-kawan mama tak nak mama macam ni. Hampir sebulan mama murung. Setiap kali balik dari hospital, mama pasti pangil herly.

"Herly, Herly, Herly... Keluar lah mama ada bawa apple untuk herly. Mama ada bawa makanan untuk herly."
Herly ingat tak?

Huhu herly, awak binatang kesayangan mama. Mama nak beli herly yang baru boleh? Untuk ubat rindu mama kat herly. Buat teman mama berbual dan teman mama kemana-mana. Sebab mama terlalu rindukan herly. Mama janji mama tak kan bagi herly hilang.

Mama janji.

Isnin, 14 Julai 2014

Menitip Hidup Untuk Illahi

Menitip Hidup
Kala senja itu tiba,
Ku termenung sendirian,
Terasa diriku ini,
Jauh dari rahmat Tuhan,
Dosa yang aku lakukan,
Menerjah ruang fikiran,
Masihkah adakah untukku keampunan.





Terkesan dengan bait-bait lagu ini tatkala senja menghampiri. Melihat langit yang bertukar warna menjadik keperangan, besar sungguh kuasa Mu Tuhan.

Masih kah cukup amalan ku ini untuk mengejar Syurga Mu?? Sambil meluas kan hati agar ia kembali tenang'"
Kadang kala kita perlukan masa bersendirian, bersendirian mencari Redha Allah. Bermuhasabah kan diri agar dapat ku meneliti setiap bisikan Illahi...
Setiap Baitnya ku ambil, Setiap iramanya ku main kan agar ia kekal sebati dalam diri ini."Allah".. Jerit batinku...

Selasa, 8 Julai 2014

SURRENDER

Bila aku SURRENDER...

Angap saja aku lemah...

Satu hari nanti pasti ada yang mengerti.

Kerana itu lah reality yang bakal aku tempuhi..

Cuma aku perlukan kekuatan..

Menidak kan semua benda itu lah aku.

Namun kini aku sedar diri.



Jangan terlalu berkata kau risaukan aku.

Sama sekali aku sudah lali.

(Sekadar satu luahan yang aku tak pasti apa yang bakal aku tempuhi lagi. Orang bilang hidup ni perlukan pengalaman. Bukan sekadar bekerja saja kamu perlukan pengalaman. Tetapi, kehidupan juga bergitu. Pengalaman membuatkan aku berdiri tegar disini. Semuanya dengan izin Allah.)

Isnin, 23 Jun 2014

Cerita hanya untuk renungan bersama

Hari ini aku nak cerita satu kisah.
Kisah ni kisah benar.
Aku bukan nak mengaib kan sesiapa. Tapi ia sebagai renungan kita semua.

Kisah ini terjadi pada akak sahabat aku sendiri.
Kadang aku akan berfikir, besar ujiannya. Mampukah aku diberi ujian seperti itu jika aku duduk di tempatnya? Bisakah aku mampu dengan semua ini? Hrmm entah lah.


Menjalani liku-liku hudup sebagai seorang manusia, kita pasti tidak akan lepas daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang itu selalunya menjadikan kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak, ujian itu sifatnya mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih kuat dalam setiap bebanan kehidupan.

Begini kisahnya, semalam aku keluar dengan kawan baik aku semasa di alam begelar pelajar. Sambil berbual tangan aku ralit melihat photo pernikahan si sahabat. Hati sempat berbisik bila masa aku pula bisa bergini? Biasalah aku memang sifat seorang yang suka berangan. (Nama di dalam ini bukan nama sebenar. Bagi menghormati sahabat saya)

Melihat gambar family sahabat.

"Ah! Qa, Yani bila nak nikah?"

"Entah lah aku pun tak tahu."

"Ai! kau Qa, langgar bendul betul."

 Haha hanya gelak mengiringi pada masa itu.

Siapa Yani? Yani merupakan akak kepada Qa. Yang kini belajar di USIM mengambil bidang Pengurusan Dakwah. Kalau korang baca dan lihat pun tahukan, budak berkelulusan agama ini pasti baik orangnya. Dan ya memang akak kepada sahabat aku ini baik orangnya.

Sambil tangan menyelak lagi helaian gambar, tetiba si sahabat berkata.

"Nurul, janji ya kalau aku cerita kau jangan cerita pada sesiapa ya."

 Aku pun jadi blur. Mata aku masih ralit di helaian gambar. dan hanya menjawap "ok"

Sedangkan aku tak tahu apa yang aku "ok" kan itu.

Si sahabat mengulangi ayat yang sama. "Nurul, kalau aku cerita janji ye jangan cerita kat sesiapa."

Kali ini mata memandang waja si sahabat. "Ye ok aku janji tak bercerita kat kawan-kawan kita." Bila puas dengan jawapan aku. Si sahabat pun mula bercerita.

"Sebenarnya Nurul, Yani dah nikah. Tapi cuma buat kecil-kecilan panggil ahli keluar terapat."

Di situ aku terhenti menyelak helaian gambar dan memfokusi si sahabat. "Oh yaka. Alhamdulillah."

"Besar ujian Yani ni Nurul." Kata-kata terhenti disitu. Aku hanya menggu si sahabat bercerita.

Bergini ceritanya. Dia orang bernikah tanpa pengetahuan ayah dan ibu pihak lelaki. Hanya keluarga aku dan saudara-mara aku je yang tahu. Tapi memang mereka nikah sah. Dan ada sijil dari pejabat agama. Terang Qa kepada aku. Aku mengiakan dan faham tentang apa yang mahu diceritakannya.

Suami Yani ini Satu College dengan Yani dulu. Mula-mula mereka nak bernikah tu, keluarga aku pun banyak menentang. Tapi nak buat macam mana. Kau sendiri paham kan, orang yang beragama ini mereka tidak mahu berzina dengan hati. Kalau bisa ada jalan pasti dia akan cari asalkan ia benda yang menghalalkan dan lari dari zina. Dan aku disitu masih menjadi pendengar yang setia.

Ayah aku, ada cakap kat suami Yani sebelum dia orang nak bernikah.Ayah aku nak jumpa keluarga Wan untuk terangkan kat mereka macam mana. Wan kata kat ayah aku, "Pakcik saya yang anak mereka pun mereka tak mahu mendengar apa lagi orang luar pakcik." Wan ni anak sulung dalam keluarga. Apa saja keluarganya yang aturkan. Wan hanya ikutkan saja. Dia tak tahu nak terangkan apa lagi kat family dia. Asal cakap pasal nikah pasti mereka membantah. Ayah aku pun tak boleh nak buat apa. Pastu mereka pun bernikah lah.

Suami Yani ni die bekerja dengan agensi Umrah dan Haji. Aku lupa apa nama agensi ni. tapi famous lah juga. So memang selalu travel lah. Kadang pergi Madinah, Kadang pergi korea dan sebagainya. Kalau suami Yani balik malaysia je. Pasti akan balik rumah mak ayah aku jumpa yani. 1-2 malam kat rumah mak ayah aku. Pastu baru balik rumah mak ayah dia.

Nak dikisah kan satu hari ni. Suami Yani balik rumah Family dia. Lepas balik tu, suami dia senyap je. Yani message tak balas langsung, call pun tak berjawap. Isteri mana yang tak risau bila suami tak balas message dan call kan.

Dan besok harinya tu kebetulan aku ada kat rumah mak aku. Akak aku semua ada dok bercerita pasal Yani. Aku pun dengar jelah. Tetiba ayah aku datang dapur cakap, "keluarga Wan datang."

Semua tak percaya masa tu. "Semua kata ah! ayah ni main-main pula."

"Ia lah betul, keluarga Wan datang tu dengan Wan sekali."

Ok pada masa tu tak tahu nak cakap macam mana Nurul. Mak Wan belagak sangat. Tak nak pandang muka Yani. Muka belagak. Yelah keluarga mana tak marah tetiba dapat tahu anak dia sudah bernikah tanpa pengetahuan mereka. Masa tu ayah aku lah terangkan semuanya macam mana dan mengapa. Patutnya mak dia kena paham jiwa anak muda ni. Dari berlakunya perkara tak baik, baik mereka bernikah betol tak? Tapi yelah lelaki bukan macam wanita. Tak ada wali tak sah pernikahan tu. Cara pemberitahuan kepada family lelaki pun macam satu tanda hormatkan? Wallahualam.

3 perkara yang harus disegerakan.

1- Bersegera menunaikan solat.
2-Bersegera mengkebumikan jenazah
3-Menyegerakan pernikahan

Panjang jela lagi lah ayah aku ceramah kat keluarga suami Yani. Tapi nak buat macam mana mereka tetap dengan keputusan mereka. Tak nak dengar. Nak juga putuskan hubungan mereka. Kau tahu Nurul, Wan datang kurus sangat Nurul. Dia senyap ja. Kesian kami tengok.

Lalu aku pun bersuara. "Tak kan lah family dia macam tu? Family beragama takkan tak boleh fikir semua tu. herm.."

"Nurul, kalau mereka beragama tak kan benda macam tu pun mereka tak boleh fikir. Tak kesian ke kat anak?"

Mata aku masih memfokusi si sahabat. Kadang kala ada benda yang aku fikirkan dan kadangkala simpati pun ada. Perasaan nak menitis air mata pun ada. Tapi nasib lah tempat umum masa tu. So cover je lah yang aku mampu.

Kawan ayah aku ni Ustaz Nurul, dan dia reti tengok orang. Kawan ayah aku kata ayah Wan ni ada 'guna' juga. Dan Wan dah kena. Apa yang diceritakan kawan ayah aku, tulang belakang Wan sudah diikat dengan benang. Wallahualam. Tapi percaya lah wan tu baik sangat orangnya.

Wan last dapat bekerja kat Travel Agensi Umrah tu. Dan last di dapat pergi ke Madinah. Selamat pakcik aku ada kenal polis kat airport Nurul. Tulah last day Yani dapat jumpa Wan. Tu pun senyap-senyap Nurul. Ayah Wan ada kat luar pintu sebelum pelepasan tu. Memang dia tak bagi Yani jumpa lah. Nak jumpa suami sendiri pun senyap-senyap kan Nurul.

"Pastu balik tu dapat jumpa tak Qa?"

"Mana ada dapat jumpa Nurul."

Satu hari ni kan Nurul, Yani beranikan diri pergi rumah mertua dia. Yelah nak menuntut bela. Dan terangkan semua benda. Yani datang dengan kawan dia masa tu. Yani dah prepare macam-macam ni. Segala sijil, surat nikah semua. Masa tu ayah Wan tak adak kat rumah. Yang ada Mak dia dan Nenek dia je. Mak Wan kata, Wan tak ada. Dia dah hantar pergi belajar. Tapi Yani tahu Wan ada. Sebab Yani nampak baju Wan tersidai. Mereka kurung Wan. Telifon semua tak berangkat Nurul. Yani berani kan diri. Dia lari masuk terus rumah Wan cari wan. Pastu dalam rumah tu ada Nenek Wan. Yani pun tunjuk semua surat nikah mereka. Nenek Wan pun tak boleh buat apa Nurul. Nenek Wan pun baru tahu yang Wan ni dah bernikah. Mak Ayah Wan tak cerita apa-apa pun kat Nenek dia. Tapi nak buat macam mana. Nenek Wan pun tak boleh nak buat apa. Tetiba je Nurul, Ayah Wan balik. Dia halau Yani Nurul. huhuhu Macam-macam yani usaha dan pertahan kan rumah tangga mereka.

Selang berapa hari tu, Yani ada dapat message dari Wan. Nak tahu apa kandungan message tu?

Aku dengan muka ingin tahu mengangguk laju.

Wan ceraikan Yani dengan 'Talak Satu'.

Allahu!!! Rasa menggigil tangan aku masa tu.

Keluarga aku pun pergi lah kat pejabat agama semua. Masa hari pembincangan tu kat mahkamah. Nama Yani je naik untuk dipanggil untuk menerangkan semuanya. Yani dah prepare dah ni. Siap bawa buku Nurul. Buku tu siap dah tulis tarikh kejadian dan macam-macam lah. Yelah nak bela diri dia kot. Pastu dah cerita semua sekali. Hakim pun kata memang keluarga Wan salah dan Wan pun salah. Sebab Wan tak mempertahankan semuanya. Yelah nak buat macam mana mungkin Wan buat benda tu tanpa sedar dia kan. Wallahualam. So Yani dapat duit Mas kahwin yang tertangguh RM5000 dan duit nafkah RM1000. Yani dapat duit tu terus keluar kereta. Hahaha Qa gelak, dan aku pun gelak sekali.

"Abis tu Yani sedih tak?"

"Sedih lah Nurul. Bengkak-bengkat mata Yani menagis Nurul."

"Abis sekarang macam mana? Alhamdulillah ok dah. Tapi tu lah kita tak tahu macam mana perasaan dia sekarang. Luar nampak ok. Dalam sapa tahu?"

Aku hanya mengiakan. "Ermm Qa, orang yang lagi beriman, lagi besar ujian dia kan Qa. Semoga Yani tabah."

                                                                                                                                                                   

So dari cerita semalam banyak benda aku ambil kan iktibar. Tak semua jalan cerita kita baik dan tak semua kita ingin kan itu kita perolehi. Allah adalah sebaik-baik perancangan.


Mari kita lihat ayat [Al-Baqarah: 286]

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." [Al-Baqarah 286]

Dari ayat tersebut kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggunya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian dan dugaan itu.

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ia bukti jelas berdasarkan ayat 2-3 surah [Al-Ankabut].

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan diberikan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta." [Al-Ankabut: 2-3]


Jumaat, 6 Jun 2014

Aku Mahu Dekat DenganNya

Assalamualaikum semua. Rindu rasanya kat blog ambo ni. Lama tak menjenguk disini. Update pun jarang. Tak apa, aku tak banyak follower pun kan nak selalu update.

Boleh tak hari ini aku nak update sesuka hati aku? huhu

Misti orang akan tanya kenapa,kenapa,kenapa??

Tak ada apa-apa pun sebenarnya..

Cuma!!!!!

Aku rasa jauh..

Apa yang jauh?
.
.
.
.
.

Hati aku rasa jauh dengan Tuhan. Allahu... Napa sebak sangat ni? Rasa nak menitis je air mata ni.

Nurul be strong please.. Allah itu ada saja dimana-mana dengan kau. Setiap sudut, setiap penjuru, setiap jalan.....

Bagai ada satu suara yang mahu aku bangkit.

Ahh, Ya! aku perlu bangkit. Teruskan istiqomah ini. Tapi benar aku bilang, Aku rindu Allah. Aku rindu sangat dan teramat.

Kenapa ni kenapa? Kau tak jaga hubungan bersama Allah dengan baik ke? Kau tak solat? Kau tak berzikir? Kau tak Mengaji? Kau tak tahajjud?

Ada lagi suara yang menyoal. Kali ini membuat aku berdiri lemah.

Dengan pelahan aku menjawap. Aku solat, aku cuba menjaga solat aku. Aku mengaji walaupun rasa malas dalam diri ini. Aku berzikir tapi tidak sekerap selalunya. Hrmm! Tahajjud? Aku sudah lama tidak melakukannya. Ada kah ini punca Allah menjauh kan diri dari aku? Tapi, aku rindu Allah. Sambil titisan air jernih keluar.

Bukan Allah yang menjauh kan diri dari engkau, tapi! Engkau yang menjauhkan diri dariNya.

Deep!! Termenung seketika.

Wahai hati, benar apa yang engkau bilang, aku yang jauh dari Tuhan. Harian yang aku amalkan kini semakin berkurangan. Sebab itu Aku rasa rindu akanNya. Semakin pantas aliran tangisan ini mengalir. Allah!!! Jerit hati. Huhuhu

Aku akan cuba untuk istiqomah ini. Wahai 'Iman' aku merayu kepadamu, agar butuh di dalam diri ini. Aku perlukan engkau untuk mengejar Cinta Allah kembali.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu, 24 Mei 2014

?????

Qalisya bergegas bangkit dari tidurnya. Mencapai helaian tuala yang tergantung. Kenapa boleh lewat ni? Omel diri sendiri. Gara-gara penangan pulang ke kampung lah ni. Masa ni lah jam kau  nak buat hal. Bebel Qalisya sebel dengan jam loncingnya yang tidak berfungsi. Sebenarnya bukan tidak berbunyi atau berfungsi, Qalisya yang terlalu keletihan memandu dari Johor ke Kuala Lumpur. Itu yang membuatkan dia tidak sedar jam loncingnya berbunyi. Ahh, aku sudah terlewat bangun subuh. Di lihat jam di dinding, lagi 10 minit jam 7.00 pagi. Bak kata orang-orang tua, kalau kita terlewat subuh, subuh itu dipanggil subuh gajah. Ada ke subuh gajah? Apa kaitan subuh dengan gajah? Hurm... Ya Allah, moga Engkau terima solat ku ini. Amin Ya Allah. Doa Qalisya.

Dibelek-belek baju di almari. Di ambil satu-persatu baju yang tergantung. Semua yang tergantung jubah, dress labuh dan blouse labuh. Sememangnya Qalisya adalah seorang wanita yang cukup menjaga pemakaian dia sebagai wanita islam. Pabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan saja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri seorang wanita itu sangat mahal. Sebab itu syariat menetapkan wanita menutup aurat dengan sempurna. Walaupun Qalisya berpewatakan gila dan brutal dia masih menjaga auratnya sebagai yang beragama islam.


Menggayakan jubah abaya umbrella sambil menyarung sneakers converse kegilaanya. Itu lah pakaian kegemarannya, simple tapi style. Dari zaman university sampai bekerja itu saja cara pemakaiannya. Seorang yang trendy tapi sneakers dalam diri dia memang tak dapat dipisahkan. Pernah sekali tu Qalisya menggayakan kasut bertumit tinggi tapi nasib tidak menyebelahi dia. Habis tersungkur jatuh di halayak ramai. Semua mengetawakannya pada masa itu. Peghh tak tahu nak cakap macam mana pada waktu itu. Tapi memang malu lah jawapnya. Sudah lah malam dinner untuk pelajar-pelajar semesta akhir pula, memang semua ada jawapnya pada waktu itu. Namun selamat ada Lisa dan Zik pada masa itu yang boleh mententeramkan Qalisya. Kalau tidak misti aku sudah balik. Duduk dalam bilik lepas itu, tutup muka pakai bantal dan memang tak keluar bilik lah jawapnya. Lepas dari kejadian itu, Qalisya insaf mahu memakai kasut yang bertumit tinggi. Qalisya oi! macam-macam ragam lah kau ini.

Bergegas Qalisya ke pejabat pada pagi itu. Cara pemanduan tidak boleh nak cakap macam mana lah kan memang macam pelesit lajunya. Selamat pagi itu, jalan tidak bergitu jem. Tepat jam 8.00 am Qalisya sampai di pejabat.

Seperti hariannya semua staff dia hey. Anak buah bos yang sangat sporting dan friendly. Dari pengawal keselamatan, cleaner dan staff atasan dia hey. Begitu ramahnya Qalisya. Sebab itu semua orang menyenangi Qalisya. Sampainya dia di meja, mata terpandang akan sejambak bunga. "Aikk sapa letak bunga atas meja aku ni?kau punya ka?" Tanya Qalisya kepada Ekin. Ekin hanya tersenyum sambil menjongkit kening sebelah dan menjawap. "You punya lah sayang oii". Sambil mata dan jari menunjuk ke department depan.

Aku punya? aikkk birthday aku lambat lagi, valentine day ke? oittt haram lah sambut. Tapi... Ahhhh ni bulan 4 ape valentine nya pulak. Sambil digaru-garu kepalanya.

Tangan mencapai kad yang berada di sebalik bunga itu. 'Morning Qalisya Humaira. Senyum adalah sedekah, pagi-pagi ni bila awak lihat bunga ni saya nak awak tersenyum indah seperti bunga ini. -Farhan prince charming  sambil membuat emoticon lidah terkeluar-.

Hahaha.. Tergelak Qalisya, Farhan oi! kau ni memang tak ada kerja kan. Suka benar menyakat aku. Mentang-mentang aku tak pernah dapat bunga dari kekasih macam Ekin dapat bunga dari kekasihnya dan aku seumur hidup ini tak pernah dapat bunga kau nak perli aku konon lah ye ada prince charming datang bagi bunga. Konon kau lah tu prince charmingnya hampeh punya peragai. Bebel Qalisya dengan sikap Farhan kawan sekerjanya yang selalu membuat dia tergelak dengan sikap bajek romantic dia itu.

Farhan adalah satu-satunya kawan yang bisa lembut kan hati Qalisya selepas Zik. Nak tahu macam mana terjadinya sebuah persahabatan? Masa itu, Qalisya mengendali Projek bersama Farhan di Bukit Indah untuk melawat kawasan disana. Tak perlu cerita lah muka Qalisya ketat macam mana kan. Mencuka ja sepanjang perjalanan. Sebel kerana berurusan dengan lelaki. Yelah hati masih terasa luka lagi sejak Zik bernikah. Sepatah Farhan tanya sepatah Qalisya menjawap. Nak taknak kena juga pergi dengan mamat itu. Nak di buat bagaimana bos besar yang arahkan. Sememangnya Qalisya seorang yang amat menghormati unclenya. Apa yang di suruh unclenya diikutkan saja. Walaupun kadang dia memberontak dalam diam. Yelah uncle dia bos dia dan dia hanya orang bawahan. Mahu atau tidak ikutkan saja. Dengan niat mahu bekerja. Ai kau lelaki, kalau bukan uncle aku yang suruh memang tidak lah aku nak bergabung dengan engkau ye. Melebarkan senyuman teringat akan semua kisah itu.

SenyumQalisya terhenti bila dia mendapat pesanan ringkat dari Farhan.

'Beb, prince charming kau dah bagi bunga ke? hahaha'

Balas Qalisya, 'Sape?? Kau ke?? please lah beb jangan nak perasan sangat lah budak pendek!! wey jangan lupa meeting dengan Dato Harun pukul 9.00 pagi nanti.' Sememangnya Farhan sedikit pendek tapi tidak lah pendek macam ayam katek cukup tinggi 5 inci kot dari Qalisya.

'Iskk tak romentik betol. Harap muka ja ayu. Tapi, hampe.. Sekurang-kurangnya say thanks ke ape. Ini dengan perangai ego kau tu tak habis-habis. Bagi lah sikit ruang kat abang Farhan jadi romentik. hahaha ok minah senget aku tak lupa. :)'

Qalisya hanya membiarkan saja mesej yang dihantar Farhan. Malas dia mahu melayan kerenah Farhan. Dia tahu, Farhan memang suka menyakat dirinya. Lelaki ke dua yang rapat dengannya. Yang bisa masuk kepala gilanya. Lihat saja seperti bunga tadi, ada saja pembaziran yang dia akan buat supaya aku gembira. Nasib kau lah Farhan dapat kawan macam aku.

Deringan telifon pejabat berbunyik.

"Qalisya datang ke bilik uncle sekarang."

"Baik bos." Jawap selamber Qalisya.

Sebelum masuk ke bilik Dato Sahrum, Qalisya terlebih dahulu pergi ke pantry membancuh coffee untuk unclenya.

Pintu bilik Dato Sahrum di ketuk.

"Assalamualaikum uncle." Sambil membawa secawan coffee yang dibancuhnya tadi.

"Waalaikumsalam Qalisya."

Tersenyum melihat Qalisya dengan segelas coffeenya itu. Dato Sahrum sememangnya amat menyayangi Qalisya. Sejak kematian ibu bapanya, Dato Sahrum lah yang mengambil berat tentang Qalisya dan abangnya. Selepas tamat Diploma Qalisya, Dato Sahrum mengambil Qalisya bekerja di syarikatnya UDA Holding. Bila dia menatap raut wajah anak itu, dia seperti melihat arwah adiknya iaitu ibu kepada Qalisya. Cukup persis. Serba sedikit hilang rindu kepada adiknya itu.

"Ada apa uncle panggil ni? Berkaitan meeting sebentar lagi dengan Dato Harun ke uncle?"

Sambil meneguk secawan coffee yang Qalisya bawa sebentar tadi. "Ermm everything okey? Proposal? Tak ada masalah??"

"Semua okey uncle. InsyaAllah semua berjalan dengan baik. Qalisya akan pastikan Qalisya dapat tender itu. Jangan risau ye uncle. Ni Qalisya kan." Sambil tergelak gurau. Gurau itu teserlah riaknya. Ada-ada saja lah kau Qalisya.

"Baik lah. Bagus kalau bergitu. Uncle percaya pada kamu. Ni abang Qalisya ada call uncle semalam. Tanya pasal kamu. Kamu bergaduh dengan abang ke?"

Ermm.. bunyi keluhan dari dirinya. Kenapa lah abang perlu bercerita pada uncle. Aku bukan merajuk betol-betol pun. Saja nak protest dengan abang je. Abang!!! Kau tahu kelemahan aku kan.. kau tahu aku tak boleh tolak kalau uncle yang suruh. Kau tahu aku akan turut saja apa uncle akan cakap. Kau perguna kan uncle untuk pujuk aku ye. Siap kau abang siap kau. Aku ganyah-ganyah bila kau balik sini nanti. Kata hati Qalisya tanda tidak kepuas hatinya kepada abangnya itu.

"Ah uncle tak ada lah. Mana ada merajuk dengan abang." Sambil buat muka selumbur.

"Tak payah nak menipu uncle ya.. Uncle tahu dah semuanya. Lihat riaksi kamu saja uncle sudah dapat baca."

Terkebil-kebil mata Qalisya. Adoi... kenapa lah muka aku ni tak boleh menipu. Asal menipu je misti terkantoi. Stress aku stress. Abang!!!! siap kau siap abang.

" Nothing serious uncle, masalah adik beradik saja."

Dato Sahrum hanya menggelingkan kepala sahaja. Sambil berfikir bagai mana nak menyusun ayat supaya Qalisya dapat mempertimbangkan permintaan abangnya itu.

Terdiam kedua-duanya. Qalisya dengan dunianya berfikir bagaimana nak mengelak dengan semua ini. Ai nasib engkau lah Qalisya bila menjadi adik. Kau pasti akan mengalah punya. Percaya lah. Seperti ada seseorang berbisik di telinganya. Mata melilau ke kiri dan kanan, tak ada sapa-sapa pun.

"Qalisya..." Panggil lembut Dato Sahrum.

Kini anak mata Qalisya ke arah Dato Sahrum. Sambil membuat muka simpati agar dihentikan persoalan ini. Dia tidak mahu hal peribadinya dibincang di sini.

"Uncle tak mahu paksa Qalisya. Qalisya sudah dewasa. Boleh berfikir dengan waras. Kalau Qalisya rasa apa yang abang buat itu salah kamu pertimbangkan lah. Abang Rizwan sayang kan Qalisya. Dia mahu yang terbaik untuk adiknya yang sorang ini. Bulan depan abang pulang dari Sarawah, kamu bincang lah bersamanya. Uncle hanya mampu menasihat sahaja." Simpati akan raut wajah polos Qalisya pada saat itu.

"Uncle, Qalisya akan pertimbangkannya ya. Tapi, bagi Qalisya waktu sedikit untuk..." Kata Qalisya terhenti disitu. Bagai ada sekatan di rongga tekaknya yang membuatkan dia tidak mampu mengeluarkan kata selebihnya.

Daun pindu diketuk.

Tok! Tok! Tok

"Maaf mengganggu Dato Sahrum, Mr Lee sudah sampai." Saat ini kata syukur sahaja yang terkeluar dari mulut Qalisya , kerana semuanya terhenti. Dan dia boleh mengelak dari disoal dan dibelenggu rasa serbesalah. Terima Kasih Kak Sya Terima Kasih. Bicara Terima Kasihnya yang hanya mampu diluah dalam hati ketika itu. Kalau bisa, mahu saja dia 'sujud syukur' saat itu.


"Uncle Qalisya keluar dulu ya." Memberi ruang untuk tetamu yang hadir untuk berjumpa dengan unclenya.

"Baik lah Qalisya. Jangan lupa ya. Pertimbangkan semuanya. Uncle dan abang tidak mahu memaksa Qalisya, Tapi hanya mahukan yang terbaik untuk Qalisya dunia akhirat."

"Baik uncle." Sambil daun pintu dibuka dan mahu saja dia waktu itu bergegas keluar. Malas mahu mendengar barkaitan ini lagi.

******


Akan ada sambungannya lagi.






Selasa, 6 Mei 2014

Kerana DIA memahami

Kadang aku sedih, huhuhu aku tak mampu nak tetap kan iman aku. Sering naik dan turun. Hati semakin gelisah.. Allah, cukup engkau memahami aku.

Kadang hati mengeluh, penat lah jadi baik. Masih ada lagi yang memandang serong dan mencari kesalahan kita. Aghhh bila aku ada niat sebergitu pasti aku tertunduk malu, kenapa aku perlu ada perasaan bergitu?

Nah balik kepada Al-Quran lah wahai hati. Tetiba tersilak surah Al-Imran ayat 120..


“Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.”  [Al-Imran:120]

Lepastu aku baca lagi surah yang sama. Kali ni aku jumpa surah Al-Imran ayat 139...


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” [Al-Imran:139]

Nampak tak macam mana Allah memberi? Nak mengeluh lagi tak?

Kita menyoal Allah memberi jawapan. Panduan kita Al-Quran. Pasti hati akan kembali tenang. ^_^ Pasti akan tersenyum lebar...




teringat tentang ni,
kawan pernah sebut

"tak siapa faham dia"

senyum,
 haah saya lah tu.

**
memang sukar nak faham saya,
ye saya tahu,
saya akui,
saya terima.

**

saya sedar,
walaupun satu dunia tak memahami,.
tapi yang SATU tetap faham kan.

**
dan terima kasih ,
bagi yang mengerti,
tanpa perlu ada ulasan yang panjang,

**

ya saya memang lain,
saya suka jadi lain,
akan jadi lain dari yang lain.

**
Bukan sebab saya baik sangat,
bukan sebab sempurna sangat,
tapi saya selesa jadi lain.

kan Allah ciptakan manusia tu sama taraf tapi ada bezanya kan.
dan saya ni lain.
lain dari awak.
lain dari dia,

apa yang lain
entah ,
 Allah maha tahu,
Allah maha mengerti













Ahad, 4 Mei 2014

Hanya sekadar cerita

Terfikir tentang kata-kata sang sahabat. Belajar menyelesaikan masalah sepet, bukan lari dari masalah dengan cara kau buat tak tau je. Mungkin kau boleh bersahaja. Kau rasa dengan sifat kau bersahaja tu, dia hargai kau ke??  Kau rasa dia tahu ke?? Dia takkan dapat rase macam mana rasa sakit hati kau tu. Pastu ulangi lagi dan lagi. Tapi anggap lah itu ujian kau untuk bersama dia nanti. Berlembut beragak ye sepet.

Kadang depan manusia kita boleh menipu. Kadang kau rasa kau kuat, kau rasa kau orang paling tabah. Tapi.... Bila kau di hadapan Tuhan kau? Sapa kau di depan Dia itu lah diri kau..

Ermmm

Kadang aku berfikir, engkau ni orang yang sangat ego dengan diri kau sendiri.. Tapi dengan sikap ego kau ni lah kau belajar apa erti sabar kan? Itu yang aku respect. Biar kau sebagai wanita bermaruah kerna malu dihadapan Tuhan.

Kau dengan diri kau, membalut luka bersendirian.. Penyakit hati ni sampai kesudah tak ada pengubat melaikan kita kembali kepada Tuhan kita dan sunnah Rasulullah.

Pujuk diri tu sepet. Aku tahu kau selalu salurkan rasa dengan doa. Aku yakin setiap doa kau kirim kan itu Allah sampaikan kalau tidak macam mana kau boleh sekuat ini?

Bersabarlah pasti ada ganjarannya. Pasal menyelesaikan masalah itu, aku tahu kau usaha. Tapi kalau Allah tak izinkan kau belajar ape erti Redha.. Redha yang aku maksudkan bukan di bibir, namun dari hati kau yang dalam tu..


Gadis biasa di depan manusia namun mahu menjadi luar biasa di sisi Allah..

Isnin, 21 April 2014

Hari ku dibasahi hujan

Boleh tak hari ini aku nak bercerita sikit?? Selalu kalau aku update semua ayat-ayat bunga.. Bukan apa penangan budak sastra. Hehehe

Sebenarnya harini bos part time bagi aku cuti, tak payah datang kerja tapi... kena bukak kedai besok awal pagi. Alhamdulillah dapat juga manja kan diri. Lama rasanya tak berehat kan badan secukupnya. Serious selalu sangat sakit-sakit badan ni. Tapi aku x nak jinak kan diri ni dok buat saja je tak ada fungsi. Huhuhu bagi aku lah.

Dikisahkan cerita harini hujan lebat sangat. Ok, payung ada ape lagi redah je lah. Nak dikata tempat bus tu nak jalan dalam 5minit kot. Sebab tempat kerja kat Pudu Sentral ambil bus pula kat lrt masjid jamik. Serious ujan lebat sangat tadi. Hujan dengan angin yang sangat kuat. Dalam hati Alhamdulillah hujan rahmat. Tapi nak diceritakan huhuju basah lencun aku harini. Fungsi payung pun tak tahu apa sebenarnya. Sebab memang basah lah. Tahu je lah ributkan. Abis payung nak terbang. Tapi aku kukuhkan. Ada orang satu restoren baik hati nak tumpangkan aku berteduh tapi.... Aku tolak. Bukan apa. Aku tak nak restoran dia basah. Aku duduk je di balik celah-celah restoran tu. Orang tu lihat je aku. Aku pulak masa tu melihat setiap titisan hujan yang jatuh. Sambil tiupan angin yang agak kencang.. Otak kembali berfikir tentang tujuan apa aku hidup. Seriously aku sebak. Banyak benda sebenarnya aku fikir. Tapi tak semua benda aku dapat luah..

Ujan kembali reda sedikit. Aku teruskan langkah menuju tempat yang ingin dituju. Ada pulak kereta mewah lalu tepi aku, pastu terkena percikan becak kat aku. Serious lagi basah lah aku jawapnya.. Hurmm keluh hati.. tak apa lah wahai kereta mewah. Aku maafkan kau.sememangnya aku sedang belajar apa itu erti kemaafan.

Tak sampai 5minit bus dah sampai. Alhamdulillah tak payah aku tunggu lama-lama. Bila naik je bus Allah, sejuk dia tak payah cerita lah... Nak beku je aku rasa. Tak apa nurul hanya 45 minit saja perjalanan.

Adoii kasut dah bunyik kecek-kecek dah. Yelah ada air dalam kasut. Serious x selesa. Tapi nak wat macam mane, tak kan nak tangal malu je... huhu

Lepas dari kejadian harini aku nak demam ni. Sakit sangat kepala, badan tak sedap. Rasa suam-suam dah ni. Kalau ada orang ambil tahu pasal aku kan best tak ada lah aku risau kat diri aku sendiri ni ha. Hahaha ape aku merepek lah tiba-tiba. Tu ha ada orang nak kahwin dengan kau tak nak tolak orang tu mentah-mentah. Padan muka kau lah NurulOabihah oiii... Haha gelak kan diri sendiri. Alaaaa kahwin tu subjective bagi aku. Belum tentu ada jodoh dalam dunia. Cuba tetiba aku meningal masa nak jalan balik tadi kena langgar macam mane?? So tak payah fikir sangat lah semua tu. Hahaha Percaya kat Allah cukup dah.

Ok lah, aku nak tidur awal harini.. supaya demam tak menyerang Syafakillah pada diri sendiri.


Ahad, 6 April 2014

???????

Angin bergitu kuat memukul lembut pipi ini. Ketenangan jiwa yang diaturkan oleh Allah, Indah bukan?  Ianya tersusun cantik. Sebab itu aku dan Lisa selalu ke mari. Sekarang semuanya begitu asing bagi kami. Masing-masing busy dengan kerja masing-masing. Kami memang susah untuk berjumpa, rasanya last kami berjumpa pun semasa kami Konvokeysen dulu. Lisa ada lah sahabat aku ketika susah dan senang. Walau tidak bersua. Namun cukup alat telikomunikasi yang menyatukan kami.

Lisa aku perlukan kau sekarang untuk meyakinkan aku tentang semua ini. Bicara hati Qalisya.


"Qalisya dah kenapa engkau ni?? nada Lisa sedikit tinggi.

Qalisya yang dari tadi sedang mengelamun kini sudah terpinga-pinga kerna dik herdikan suara yang kuat di cuping telinganya.

"Ah, Lisa kau ni buat aku terkejut je lah. Gegar jantung aku ni tau tak. Kalau aku jatuh tadi macam mana??"
Sememangnya cukup jauh Qalisya mengelamun di bangsar usang yang dibuat ayahnya itu. Sampai kehadiran Lisa pun dia tidak dapat merasa.

Hanya gelakan Lisa saja yang kedengaran..

"Hahaha.. Qalisya , dari dulu sampai sekarang kau tak pernah berubah kan? Penat aku jauh-jauh datang, ni tak nak jemput duduk ke??" Menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah kawannya itu.

"Ermm kau ni lah kan. Duduk pun nak dipersilakan ke? Macam raja pulak. Mari sini duduk." Sambil menarik erat lengan Lisa yang menunggu Qalisya menjemputnya duduk.

"Bila kau sampai Lisa? Lama dah?"

"Qalisya, aku dah hampir 15 minit berdiri perhatikan kau. Mana kau nak perasan aku, kau asyik melayan perasaan kau yang tah apa-apa tu. Sudah lah Qalisya, dia pergi tinggal kan kau, hampir 2 tahun kau masih lagi macam ni. Termenung memikirkan janji yang sememangnya sekadar janji yang hanya dicipta manusia."

Pandangan Qalisya bergalih ke Lisa yang duduk di sisinya. "Aku tak fikir pasal Zik pun Lisa, lansung tidak. Yang aku fikirkan sekarang, mampu ke aku tempuhi hidup aku dengan seorang lelaki yang aku tak pernah kenal dirinya? Hurm.. Ape lagi hati budinya Lisa" Hembusan nafas dihembus tanda keluh atas diri sendiri.

Sememangnya Qalisya risau akan dirinya, mampu kah dia menjadik isteri sebaik Saidatina Khatijah yang didambarkan semua lelaki dibumi ini? Aku hanya gadis biasa yang mempunyai masa silam yang membuatkan diri nya kerdil untuk dijodohkan dengan lelaki yang beragama seperti yang diwar-warkan oleh abang. Dia tahu abang hanya mahu yang terbaik dalam hidup nya. Abang mahu dia mempunyai pendamping yang bisa menjaga dan mendidik adik nya ini. Abang hanya mahu aku mempunyai seorang khalifah yang bisa  menjaga diri nya seperti arwah ayah dan abang menjaga nya. Lagi-lagi sejak bekerja dengan uncle sebagai pengurus di anak syarikat uncle nya itu. Hampir lewat malam bekerja dan outstation sana sini. Hanya kerana jarak abang dan diri nya kini yang membuatkan abang mahu aku dijodohkan dengan piliha nya. Hurmm.. Abang Rizwan!! Qalisya dah besar lah. Serawak bukan jauh mana pun. Jerit hati nya.

Sambil merapatkan diri dan memeluk sisi Qalisya. "Qalisya aku paham ape perasaan kau, aku paham apa yang kau fikirkan. Tapi jangan sebab masa silam kau, atau si Zik tu kau nak tolak jodoh dari abang kau tu. Aku yakin dia adalah jodoh terbaik untuk kau yang mampu mengubah hidup kau yang semakin kelam ni menjadik pelangi kembali. Aku yakin itu Qalisya."

Qalisya yang dari tadi hanya tertunduk kini mengangkat muka nya melihat wajah Lisa yang cuba meyakinkan nya tentang lelaki yang hanya di kenali sebagai Ammar. Ahhh serabut lah bila fikir pasal lelaki ni... keluh hati nya.

Bukan Lisa tidak tahu pandangan si Qalisya tu. Mesti ada yang tidak meyakinkan nya tentang bicara aku sebentar tadi. Dia tahu sangat Qalisya ini gadis yang bagai mana. Gadis kepala batu yang brutal tapi ada kelembutan pada diri nya. Namun satu sikap nya, susah mempercayai kata-kata orang bila berkaitan dengan lelaki. Memang sikap nya susah percaya akan lelaki dan lebih gemar bertengkar dengan lelaki, ada saja yang tidak kena dimata nya mengenai lelaki. Tapi itu bukan bermakna dia enti lelaki, tapi dia lebih berjaga dengan lelaki. Di sebab kan petengkaran Qalisya dan Zik lah Qalisya menjadik akrab dengan Zik dan mengubah persepsi nya tentang lelaki serba sedikit. Tapi semua tu berubah kembali ke asal, bila Zik berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan Qalisya dan pada waktu yang sama Zik sudah menabur janji untuk bernikah dengan nya.

"Yelah Lisa aku pertimbangkan semua nya.Dan aku cuba pujuk diri aku ni ye." Jawapan hanya sekadar mahu menyedapkan hati Lisa.

Lisa yang dari tadi cuba memujuk Qalisya hanya tersenyum, dia tahu sahabatnya itu hanya mahu menyedapkan hatinya. Dan dia tahu Qalisya tidak akan menyesal berkahwin dengan Ammar. Dia yakin Ammar adalah lelaki yang terbaik untuk Qalisya dan bisa melembutkan hati keras wanita itu mengenai lelaki. Qalisya, yakin lah. Bercinta selepas nikah banyak kelebihan nya. Aku doakan yang terbaik untuk kau Qalisya. Bicara hati Lisa, yang sememang nya sangat menyayangi sahabat nya yang brutal tapi sangat baik bila dapat mengenali diri Qalisya dengan lebih dalam.

Qalisya dan Lisa menghabiskan masa disitu berdua kerana hampir 1 tahun mereka tidak bertemu.

********



Masih mencari tajuk yang bersesuaian... Selamat membaca. :)




Jumaat, 14 Mac 2014

Cinta Hakiki

"Tarik nafas gembira hari ini..Semakin hari aku semakin matang,matang dari segala aspek..Matang untuk lebih mencintai DIA.."
Bicara seperti berbisik tapi masih mampu di dengari..

"Sape DIA??"
Tanya si sahabat...

"DIA Cinta hakiki ku."
Melemparkan senyuman lebar...
Hati semakin berbunga-bunga...

Sahabat hanya memandang pelik..
Memikikirkan siapa DIA yang aku mahu sampaikan itu...

Senyuman yang masih tersisa,
Sambil melihat keindahan alam ciptaan-Nya.
"Cantik kan tempat ni.Tenang je duduk tepi pantai ni rase dekat pulak dengan DIA.."
Saja aku memberi Klu kepada si sahabat supaya dia menggerti setiap kata yang aku mahu sampaikan...

Si sahabat seperti baru memahami apa yang di maksudkan dengan perkataan Dia.
Sememangnya DIA adalah Tuhan ku (Allah) yang menciptaku..

Terhenti kami disitu..
Masing-masing seperti dibuai perasaan sendiri..
Aku hanya melihat si sahabat dan membiarkannya..

Tidak semestinya orang yang mempunyai masalah je duduk mencari ketenangan disini.
Bagi aku, disini tempat aku Refresh kan otak dan jiwa untuk memanjakan diri dari kesibukan kerja di kota metropolitan..

Ada yang bilang,
"Mahu ketenangan pergi lah masjid"
Ya... Ia memang tepat..
Kerna disetiap sujud di tikar sejadah kita dapat meluah segala keluhan hati..
Namun ada masa kita perlukan ruang,
Ruang melihat benda yang luas dan keindahan alam ciptaanNya...

Kalau dulu, aku selalu bermain dengan teka teki..
"Kenapa ek bila kita duduk kat gunung ganang, lautan kita jadik tenang?"
Tapi bila aku dapat setiap jawapannya.
Baru aku faham mengapa..

Kerna Mereka tidak berhenti berzikir.
Setiap deruan ombak, air yang mengalir jatuh di bukit, binatang bersiulan itu kerna mereka tidak berhenti berzikir..Walaupun agak deras bunyik yang dilemparkan, namun cukup ia tenang didengari..

Allah,
Malukan, kita sebagai hamba yang cukup sempurna ciptaanNya tapi tidak mampu sepanjang hari mengingatinNya..
Urmmmm...

Melangkah setiap ape yang aku mengerti dan fahami..
Aku masih mencuba walaupun sedikit.
Aku mahukan ia bermatlamat.
Agar Istiqomah ini berterusan untuk-Nya..
Hanya untuk-Nya...

Sabda Rasulullah saw ;
" Setiap bani Adam berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat." 
(HR Ibnu Majah)


Firman Allah SWT :
" Duhai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. "
(Surah Az Zumar ayat 153)




~Keindahan setiap ciptaan Nya~


" Wahai hati yang baik. Wahai jiwa yang lembut. Andai ujian ini adalah ujian yang membuat dirimu makin dekat kepada-Nya, andai ujian ini makin membuat dahimu bersujud lama di tikar sejadah, andai ujian ini membuat air matamu mengalir deras mengadu kepada Dia, maka tersenyum dan sujud syukurlah. Itu bukan ujian. Bahkan kurniaan khusus dari-Nya dalam arti sebahagian nikmat iman. " 



Jumaat, 28 Februari 2014

R A P U H

Ada banyak benda kadang aku tak mampu nak meluah direct...
Kerna aku seorang wanita, mungkin malu ku tinggi menggunung...
Cemburu ku tak dapat kau lihat,
Tapi, aku yakin kau dapat rase serba sedikit...
Memang, aku, kau jarang dalam semua benda...
Berkomunikasi, bercerita, apa lagi berjumpa...
Cukup semua sekali kita jarang...
Kerna aku yakin Allah akan beri aku ganjaran sekiranya aku menjadik seorang yang bersabar...
Dan aku mahu kan ganjaran itu.

Awak,
Ketahui lah,

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu itu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang rapuh.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan titisan air mata ini mengalir dengan benda yang hanya kerna urusan Duniawi. Kerna aku tahu Engkau sebaik-baik penolongku tika saat ini dan selamanya.....

HambaMu yang R A P U H....


Bukan mencari yang tepat,
Tetapi mencari yang sesuai.

Bukan juga memilih,
Tetapi memang terpaksa memilih.

Bukan mencari kesempurnaan,
Tetapi yang sanggup untuk bersama mengejar yang ma'aruf.






Jumaat, 14 Februari 2014

????

Al-Quran itu dipegang erat dengan kemas. Mata menumpukan perhatian kepada ayat yang di alunkan. Hati bagai sedang bersemanyam di atas awan. Membaca dengan penuh penghayatan.

"Aku perlu ketenangan yang lebih di saat Allah sedang menguji ku." Bicara hati.

Surah Toha itu dialunkan, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan ketika gundah, surah kekuatan dikala susah.

“Ehem”.

Pembacaanku terhenti. Perlahan-lahan Ammar menoleh kearah suara itu.

Farid  sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal.

“Kau nak ape?” Ammar  bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, namun masih kekal bersila. Dia tahu sememangnya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya.

“Masih bermasalah membuat pilihan wahai sahabatku Muhammad Ammar ?”  Sambil bahu Ammar ditepuk,  dan kini Farid bersila dihadapannya. Lutut bertemu lutut.

“Bagaimana dengan Istikharahnya?” Soal Farid kepada Ammar.

“Apa kau ingat istikharah itu semua keluar melalui mimpi? Pastu dapat jawapan? Kalau bergitu senang, baik aku istikharah setiap malam peperiksaan.”  Sambil menjeling mata kepada Farid.

Farid seakan-akan tidak tahu bagaimana system istikharah yang sebenarnya berfungsi. Farid hanya tertawa senang disitu. Bahu Ammar ditepuk beberapakali, tanda memahami dan terkesan dengan canda tadi.

Istikharah bukan lah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita, Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkusi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah tetenangan hati yang kuatt apabila membuat sesuatu keputusan itu. Penerangan ringkas dari Ammar.

“Ermm.. Aku rasa aku lebih Nampak jalan ke sebelah B yang lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana.” Ammar melepaskan keluhannya. Nampak bahawa jalan B bukan jalan pilihan asalnya.

“Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan kau kecewakan?” Soal Farid kepada Ammar.

Mata Ammar dan Farid bertaut. Sengih kelat  muncul pada wajah Ammar. “Kau tahu bukan aku tidak mengenali Qalisya, hanya nama yang jadik sebutan tapi entah bagaimana rupanya.” Ammar tertunduk.

“ Tetapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu berkahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu.”  Kata-kata Farid memang benar. Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar.

“Kadang-kadang Ammar, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuhnya bersandar ke dinding. Sambil matanya memandang syiling.

Jiwa Ammar seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu.

“Maksud?”

“Kalau aku, aku biarkan saja waktu itu berjalan. Kau sudah berusaha, Biar kan saja Allah yang menentukan.. Qalisya Humaira gadis yang hanya menjadik sebutan.” Kata Farid terhenti sambil melirik mata kepada Ammar.

Fikiran Ammar melayang, teringat akan pesanan ringkas yang dihantar Balqis.
“Assalamualaikum Ammar, maaf ana mngganggu dikala orang lena dibuai mimpi dan ada juga yang menahan mata untuk bertahajud. Ana hanya mahu meluahkan isi hati ana. Sudikah enti menerima ana untuk diperisterikan...” Ringkas pesanan tapi begitu besar impak yang hadir.. Semangnya Balqis adalah sahabat kelasnya dari zaman Diploma lagi. Gadis sama bidang denganya dan kini sama University dengannya...

Lamunan Ammar terhenti.  Azan Isyak berkumandang seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengusutkan itu.

Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Ammar kembali bertemu. Keadaan masih senyap.

“Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.”


Lantas Farid bergerak keluarr dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid.


******


Bersambung....

**Need Idea untuk letak tajuk... :( Please everyone bagi idea.. wait next chapter....