Ahad, 4 Mei 2014

Hanya sekadar cerita

Terfikir tentang kata-kata sang sahabat. Belajar menyelesaikan masalah sepet, bukan lari dari masalah dengan cara kau buat tak tau je. Mungkin kau boleh bersahaja. Kau rasa dengan sifat kau bersahaja tu, dia hargai kau ke??  Kau rasa dia tahu ke?? Dia takkan dapat rase macam mana rasa sakit hati kau tu. Pastu ulangi lagi dan lagi. Tapi anggap lah itu ujian kau untuk bersama dia nanti. Berlembut beragak ye sepet.

Kadang depan manusia kita boleh menipu. Kadang kau rasa kau kuat, kau rasa kau orang paling tabah. Tapi.... Bila kau di hadapan Tuhan kau? Sapa kau di depan Dia itu lah diri kau..

Ermmm

Kadang aku berfikir, engkau ni orang yang sangat ego dengan diri kau sendiri.. Tapi dengan sikap ego kau ni lah kau belajar apa erti sabar kan? Itu yang aku respect. Biar kau sebagai wanita bermaruah kerna malu dihadapan Tuhan.

Kau dengan diri kau, membalut luka bersendirian.. Penyakit hati ni sampai kesudah tak ada pengubat melaikan kita kembali kepada Tuhan kita dan sunnah Rasulullah.

Pujuk diri tu sepet. Aku tahu kau selalu salurkan rasa dengan doa. Aku yakin setiap doa kau kirim kan itu Allah sampaikan kalau tidak macam mana kau boleh sekuat ini?

Bersabarlah pasti ada ganjarannya. Pasal menyelesaikan masalah itu, aku tahu kau usaha. Tapi kalau Allah tak izinkan kau belajar ape erti Redha.. Redha yang aku maksudkan bukan di bibir, namun dari hati kau yang dalam tu..


Gadis biasa di depan manusia namun mahu menjadi luar biasa di sisi Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan