Rabu, 28 Januari 2015

Ibu Kota

Sesak nafas.
Sesak jiwa.
Sesak akal.
Sesak pernafasan.

Bukan Kuala Lumpur jika tidak sesak.

Rabu, 14 Januari 2015

Harapan manusia yang meninggi..

Siang selalu bertemankan matahari.
Malam selalu diterangi bulan.

Kata hati selalu menarik-rarik.
Kadang rasanya megnet.
Mahu dilawan tapi tetap bercantum.

Figure diri yang jelas dirasakan.
Lalunya seperti angin.
Tak diduga.
Dapat merasakannya.
Tapi tidak kelihatan.

Paku sifatnya tajam.
Melukai papan yang asalnya tanpa lubang dan celar.
Celarnya dia, melubangkan ia bukan kerelaannya.
Dalam ketidak sempurnaan paku itu terlihat keutuhanya ia bersama.
Bersama menanti waktunya usang mereka.

Mampukah aku berdiam seribu bahasa.
Sedangkan hati berbicara.
Aku hanya mahukan jalan dimana halalnya kita.
Jagankau campak asid dihati ini.
Pedihnya, buruknya ia payah diubati.

Tuhan,
Aku yakin tentang janji.
Tapi kadang hati ini keji.
Penat menanti...

Tuhan,
Sampaikan setiap sabdaMu.
Aku merayu lembutkan hati ini.

*nota buat sahabat.

Isnin, 5 Januari 2015

Tiang yang mengukuhkan.

Ada satu tahap aku diam membeku.
Bagai orang yang tanpa perasaan.
Diam dan diam.
Kata yang aku sering bilang pada diri.
Mengalah adalah jalan terbaik.
Walau tak ada yang melihat.
Cukup aku bersifat biasa-biasa.

Tapi,
Dalam biasanya aku,
Diamnya aku.
Kau masih lagi menyakiti aku.
Cukup kau anggap aku seperti tiang.
Kukuhnya aku mempertahankannya.
Setianya aku kepada kedudukannya.

Biar aku tengelam dalam hiba dunia aku sendiri.
Biar tiada yang melihat.
Biar tiada yang merasa.
Tapi cukup aku yang hiba.

Cuma satu aku pegang.
Dalam hiba, aku yakin aku tidak berseorangan. ����

Khamis, 1 Januari 2015

Aku mahu diri aku sebenar..

Sekarang aku mula berfikir. Banyak benda aku tolak dalam hidup aku. Kadang tak jaga perasaan pun ia. Itu mungkin perkara biasa kan bunyinya. Tapi serious saat aku jadi hipokrik tanpa pikir perasaan orang aku rasa hati aku ni bengkak. Bengkak dengan keegoaan sendiri. Mula bicara pada diri sendiri. " Berhenti, aku penat jadi macam ni". Serious aku tak nak jadi jahat. Buat apa jadi jahat or kejam. Sebab benda tu sekse diri sendiri beb. Ia sangat menyakitkan. Dan aku akui aku tak selesa berkelakuan bergini.

Kau paham aku nak maksudkan? Ok aku story bergini.

Aku seorang yang senang di buat bincang. Mungkin lemah lembut. Hati tissue. Tu bukan aku cakap most of people yang cakap. Dan aku pun akui aku selalu kena buli. Pada saat tu apa yang aku boleh buat? Aku menangis je. Itu modal hidup aku.

Tapi ada sampai satu tahap aku tak sanggup. Ia, aku tak nak semua tu. Aku mula nampak aku jadi bukan diri aku. Aku bukan orang yang lemah lembut lagi. Hati tissue lagi. Kebanyakkannya aku lebih kental. Maksudnya hati padu. Kau panah macam mana pon. Kau bom macam mana pon aku lawan. Dan menyakitkan balik. Tapi satu benda aku nampak bila aku menyakitkan nanti aku baru menyesal. Kang mula aku mintak maaf kat orang. Rasa bodo kan bila lawan balik apa yang orang buat.

Aku bukan pendendam...
Aku bukan pengungkit...
Itu perkataan yang aku akan cakap pada diri aku.

Benda ni aku pernah slow talk dengan Ina.

Aku : Akak sebenarnya suka menangis ina. Tapi, akak tak tahu kenapa akak susah nak menangis sekarang.

Ina : Kita sama kak. Tapi... Akak tak rasa penat ke? Maksud saya akak rasa puas bila akak tak menangis?

Aku : Ermm kadang rasa Ina, tapi kuasa veto ego tu dah membesar Ina.

Ina : Akak misti rasa macam ni kan. Contoh: Kawan akak asik suruh akak kol je. Akak tak berkira. Akak pon kol sampai kredit habis. Benda ni sering dan berulang. Tapi kawan akak tu akan kol hanya 5 minit sahaja. Misti akak akan ada perasaan mengungkit kan masa tu. Akak akan rasa " ah apahal aku je kena kol. Aku ni tempat kau meluah perasaan dalam kesusahan kau je ke? " Perasaan tu jahat kan kak.

Aku : Diam dan hanya menghayun kan kepala tanda setuju. (Benda ini yang aku rasa) walaupun situasi tak sama.

Ina : Masa tu semuanya berubah. Mula kita jadi ego. Buat tak ada perasaan. Konon hati padu. Sebenarnya langsung tak. Buat-buat cool bak kata akak. Tapi saat akak rasa semua tu tak tertahan akak akan menagis sepuasnya. Akak pasti akan cakap. Orang tak tahu apa aku rasa dan pendam. Tapi, Allah selalu melihat dan ketahui walaupun kita simpan macam mana pun. Saat tu. Akak pasti menangis semahunya dan mengadu kan Allah sepenuhnya.

Aku : Masih situasi yang sama. Mengiakan. Apa yang Ina cakap semuanya betul. ( hati mula berkata )

Ina : Kalau akak rasa macam tu. Apa akak akan buat?

Aku : Akak akan busy kan diri. Buat apa saja. Most important akak akan buat adalah. Akak akan duduk surau lama-lama baca Al-Quran. Pergi majlis ilmu. Akak tak nak hati ni membengkak dengan luas. Akak akan fikir. Akak tak nak buat orang. Walaupun bukan akak yang buat dulu. Tapi buat apa akak pendam. Jadi pendendam? Biar kan semuanya. Akak nak ubah semuanya kembali asal. Akak rindu akak yang dulu. Akak bukan nak jadi hati sado. Tapi akak nak orang hargai je. Kalau orang tak nampak pon lepas ni. Akak janji. Akak buat tak tahu ja.

Ina : Ermm....

Perbualan terhenti disitu.

Serious kadang aku menyesal jadi seorang yang ego. Sebab benda tu sakit. Biar aku jadi yang kuat menagis. Tapi aku jadi tenang. Dan tak simpan.

Aku cuma nak jadi diri aku. Aku tak harap orang paham aku. Tapi cukup kau paham sakit kalau kau buat orang.