Jumaat, 31 Ogos 2012

menanti disana


اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




membukakan bicara hati yang sukar untuk aku luahkan.
itu lah aku,
seorang hamba yang sukar untuk meluah,
andai hati terluka
diam seribu bahasa...
kadang-kadang hati rasa amat lemah,
namun aku terus tekat untuk menghadapinya.

andai ianya tidak tertanggung
hanya yang mampu hanyalah tangisan,
dan berserah kepada mu YA ALLAH..

aku sering dinasihati untuk meluah,
maaf,, aku bukan tidak mahu meluah,
tapi, aku mahukan masa untuk meluah.

TUHAN,
andai aku wanita yang selalu lalai dalam mengejar keduniaan
tunjukkan lah aku jalan untuk mengejar syurgamu.
andai aku lalai untuk memanfaatkan ganjaran pahala yang engkau berikan
berikan lah aku keinsafan untuk mengejar pahalamu...

aku hanya wanita yg mahukan kesempurnaan dalam keredhaan mu ya ALLAH,
kesempurnaan dalam mengejar cintamu ya ALLAH...

andai aku jatuh,
aku perlukan tangan seorang hambamu untuk membangun kan aku untuk mengejar syurgamu.

andai aku menangis tentang dosa silam ku,
itu bermakna aku malu dengan diriku.
malu dengan dosa yang aku lakukan.
malu ku terhadapmu ya ALLAH...

ya TUHAN ku...
aku bersyukur kerna memberi aku kesempatan untuk mengejar syurgamu,
memberi aku kesempatan untuk aku tabah dengan ujianmu...




CeritaHati : Dalam setiap sujud dan doa, semoga Allah merahmati jiwa kita. Simpan rindu itu rapi di dalam hati, bekalan kekuatan untuk meniti hari-hari yang menanti. Sungguh, cinta dan sayang kita terhadapnya kerana Allah. Cinta kita kerana Allah. Kerana Allah. Semoga. Destinasi kita sama, maka aku pegang tanganmu, dan kamu jangan lepaskan tanganku.:')





mencari......





Semalam Allah menghantar seseorang.
Membicarakan soal cinta.
Rasanya ianya tidaklah hal yang asing.
Cinta dan manusia.
Begitu dekat kan?
Sedih,
Bahagia,
Kecewa,
Itu semua sudah menjadi teman akhrab dalam sel cinta.

"Bila kita berkata kita rasa keseorangan, hakikatnya Allah berkata yang Dia tidak akan pernah meninggalkan kita."

Kadang-kadang cinta itu bagai racun.
Racun yang bisa membunuh hati.
Mengapa aku bilang racun dalam hati?
Kerana pihak lagi satu belum halal buat aku, kamu.
Mengapa mahu membazirkan sel-sel neuron untuk memikirkannya?
Langsung tiada pahala.
Lain jika sudah halal, memandang wajah si penghuni hati itu pun sudah dapat pahala.
Mungkin berganda-ganda nilaiannya jika Allah redha dengan ikatan itu.
Sungguh, rasa malu dengan Allah.
Adakala kita terlalu lebihkan masa pada perihal dunia.
Asyik memikirkan perkara remeh-temeh sampai lupa segalanya patut dikembalikan pada Allah.
Rasa cinta pada manusia ini juga pinjaman Allah.
Mata memandang sekeliling.
Semua yang ada di sini pinjaman Allah.
Mengapa kita tidak mendahulukan Allah?
Mengapa kita tidak serahkan semuanya pada Allah.

"Cinta itu bukan untuk dihapus, tapi untuk diurus. Diurus dengan sebaiknya."

Mendapat jemputan walimah sana sini,
majlis pertunangan sana sini,
ramai yang bertanya giliran si kenit ini bila lagi.
Maaf ya, itu soalan tipikal yang malas untuk dijawab.
Kalau diam, bimbang nanti dibilang sombong.
Kalau mulut bertutur, bimbang dikata omong kosong.
Sudahnya, sekadar senyum.
Senyum bagi pelengkap syarat.
Tidak mengapa, mari aku kisahkan satu per satu.
Jodoh itu rahsia Allah.
Biar masa yang menentukan.
Untuk mendirikan masjid dalam keadaan diri yang masih kosong dengan ilmu agama,
itu bukan aku.
Maaf, jika ada yang kurang setuju.
Berkahwin pada usia yang belum mematangkan aku.
Kebanyakan teman yang sudah mendirikan masjid,
bakal mendirikan masjid,
dilihat sudah cukup matang berbanding diri aku yang masih bertatih.
Ibadah mereka juga semuanya terjaga.
Hingga solat dhuha pun tidak pernah lepas.
Duduk termenung.
Bukan termenung kosong.
Layakkah aku mengejar cinta manusia,
jika cinta dengan Allah masih lagi tidak cecah tahap cinta luar biasa.
Kalian tahu apa yang aku maksudkan dengan cinta luar biasa?
Bila segala yang dilakukan kembali pada Allah.
Semuanya kerana Allah.
Memang cukup luar biasa,
hingga dunia hanya mampu singgah sekilas mata.
Allah.
Apa-apa pun.
Aku serah segala pada Dia,
Tuhan kita yang layak menentukan segala.:')







NotaKaki : I like writing. Because writing is my therapy. Because you know you can write, without worrying that nobody will listen.
"..and deep down, you hope it's understood."

Rabu, 1 Ogos 2012

I miss u NABILAH ROSLI

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara.... hati ini terasa sunyi ... aku rindu kanya.rindu sangat dengan gelagatnya, rindu dengan tawanya, rindu untuk menasihatinya, dan yg paling aku rindu adalah saat kami mengalami masalah,berkongsi dan berharapkan ianya lebih baik dari semalam... tangannya selalu menghulurkan bantuaan... hari ini 1st day die tingalkan aku,renu, studant n eijun.... aku rase 000oooo sangat... die selalu ada semasa aku mahukan bahunya..... siapa lagi lepas nie yg mahu mendengar luahan hati ini... semasa aku menangis, semasa aku perlukan seseorang pendengar.... kenapa ujudnya 1 pertemuan dan perpisahan....? aku kurang menggemari 1 perpisahan... ianya amat sakit..... NABILAH ROSLI,  kau antara teman yang terbaik......


i really2 miss u NABILAH ROSLI....


nota hati: andai perpisahan itu terbaik,maka aku redha, namun jangan lah dengan perpisahan ini kau lupakan aku tentang kenangannya....