Isnin, 18 Mac 2013

Rezki Itu Jaminan Allah

Ahhh mengeluh panjang, penatnya hari ni bekerja "sambil terbaring di atas katil". Tetiba teringat kat tempat kerja, terbayang muka Kak Husnah ,Kak Maria, Kak Ekin, Kak Zura, Kak Su, Abg Hafiz,Abg Yus dan Aizat a.k.a budak gemuk yang menyakitkan hati selalu.. 'Ai Nurul dah balik rumah pun teringat die orang ke?? "sambil tersenyum sorang-sorang" Ya ALLAH peliharalah  kami sememangnya hubungan nie lebih berharga dari segalanya.
Jam menunjukkan pukul 10.30pm. Ah' Berangan je lah kau ni Nurul, selalu sangat lalai, Solat Isyak tak lagi,nak layan berangan kau je. "bagai ada satu bisikan yang mengejutkan aq dari lamunan..Tersedar, Lalu aku berbingkas bangun dan mencapai Towel untuk membersihkan diri dan menunaikan Solat..


Terduduk aku di tikar Solat, Pemikiran kembali terganggu. Teringat kata-kata Akak dan Mak aku, sampai bila nak kerja macam nie?? Penat-penat pergi belaja, Buat pinjaman tapi kerja??? lari bidang.. PTPTN dah bayar?? Ahhh Cuba cari kerja yang boleh menjamin masa depan.. Aku hanya mampu senyap dan tersenyum je. 'tetiba mengalir air mata' Aku bukan duduk diam je, aku bukan tak berusaha. Kadang-kadang susah nak fahamkan. Dengan faktor dan Taraf hidup sekarang. Bekerja bukan sebab kedudukan tapi bekerja kerna Rezki yang Halal. Aku sayang akan kerja aku sekarang. Even aku just contract, kalau prestasi kita bagus, disenangi mesti orang akan ambil kita bekerja. Sememangnya Rezki sudah tercatat di Luh Mahfuz. Mensyukuri setiap Rezki yang diberi lebih bermakna dari menggeluh tentang Rezkinya..."sambil tangan melipat helaian telekung dan sejadah.


Kembali rebah di atas katil. Fon berbunyi, Pengirim "Biha" Seseorang yang tak pernah jemu melayan kerenah aku, selalu memberi motivasi pada ku. Bila aku sedih dia yang memujuk hatiku,bila aku gembira dia orang petama yang aku ceritakan. "Terukir senyuman dibibir" aku membalasnya "Ya saya"........





To Be Continued...........

Jumaat, 15 Mac 2013

Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah "Bidadari Di Bumi"

Ermmm bila aku teringat akan kisah Bidadari Syurga AINUL MARDHIAH tersa cemburu dihati, (Mengelamun)


Perlu Cemburu Ke?
Bagi kaum wanita, usahlah cemburu. Ada jalan untuk menjadik lebih baik dari Bidadari. Dan Rasulullah Sallallahu'alaihi wa Sallam Pernah bersabda....



Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Dan aku mula bertanya pada diri aku... Bagaimana mahu jadi lebih baik dari bidadari ye????
Aku Tahu Allah maha adil , dan setiap apa yang difirmankan akan benar-benar dilaksanakan. Percayalah dengan usaha kerana Nya bahawasanya Wanita Solehah akan diberi ganjaran dengan setimpalnya.
Antara Ciri-ciri wanita yang bakal bidadari adalah dengan menjaga auratnya. Maka Jagalah aurat, ia merupakan jalan menjadik ketua bidadari.

Aurat menurul Al Quran


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
An-Nur:31



  1. Jangan perlihatkan perhiasan tubuh (bentuk badan, anggota selain wajah dan tapak tangan).
  2. Menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala. Labuhkan tudung hingga menutup kawasan dada.
  3. Jangan memakai perhiasan dikaki yang mampu dilihat atau didengar oleh bukan mahram seperti gelang kaki yang mempunyai lonceng.






Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Maka ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Maka kasihanilah hambamu ini dengan sepenuh kasih sayangMu, hanya padaMu pengharapan Hamba
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Tiada daya hamba untuk menolak segala ketentuanMu
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Maka lindungilah hamba ini dari segala rasa putus asa terhadap rahmatMu
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Permudahkan lah segala ujian yang engkau beri kepada hambaMu ini

Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Namun hambaMu ini akan berusaha menkecapi syurgamu agar menjadik seorang muslimah yang lebih MentaatiMu serta kedua Ibu Bapaku..



AnganKu Menjadik Bidadari Syurga.. ^_^