Jumaat, 15 Mac 2013

Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah "Bidadari Di Bumi"

Ermmm bila aku teringat akan kisah Bidadari Syurga AINUL MARDHIAH tersa cemburu dihati, (Mengelamun)


Perlu Cemburu Ke?
Bagi kaum wanita, usahlah cemburu. Ada jalan untuk menjadik lebih baik dari Bidadari. Dan Rasulullah Sallallahu'alaihi wa Sallam Pernah bersabda....



Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Dan aku mula bertanya pada diri aku... Bagaimana mahu jadi lebih baik dari bidadari ye????
Aku Tahu Allah maha adil , dan setiap apa yang difirmankan akan benar-benar dilaksanakan. Percayalah dengan usaha kerana Nya bahawasanya Wanita Solehah akan diberi ganjaran dengan setimpalnya.
Antara Ciri-ciri wanita yang bakal bidadari adalah dengan menjaga auratnya. Maka Jagalah aurat, ia merupakan jalan menjadik ketua bidadari.

Aurat menurul Al Quran


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
An-Nur:31



  1. Jangan perlihatkan perhiasan tubuh (bentuk badan, anggota selain wajah dan tapak tangan).
  2. Menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala. Labuhkan tudung hingga menutup kawasan dada.
  3. Jangan memakai perhiasan dikaki yang mampu dilihat atau didengar oleh bukan mahram seperti gelang kaki yang mempunyai lonceng.






Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Maka ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Maka kasihanilah hambamu ini dengan sepenuh kasih sayangMu, hanya padaMu pengharapan Hamba
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Tiada daya hamba untuk menolak segala ketentuanMu
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.

Maka lindungilah hamba ini dari segala rasa putus asa terhadap rahmatMu
Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Permudahkan lah segala ujian yang engkau beri kepada hambaMu ini

Ya Allah, diri ini tidak sesempurna Bidadari.
Namun hambaMu ini akan berusaha menkecapi syurgamu agar menjadik seorang muslimah yang lebih MentaatiMu serta kedua Ibu Bapaku..



AnganKu Menjadik Bidadari Syurga.. ^_^ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan