Jumaat, 28 Februari 2014

R A P U H

Ada banyak benda kadang aku tak mampu nak meluah direct...
Kerna aku seorang wanita, mungkin malu ku tinggi menggunung...
Cemburu ku tak dapat kau lihat,
Tapi, aku yakin kau dapat rase serba sedikit...
Memang, aku, kau jarang dalam semua benda...
Berkomunikasi, bercerita, apa lagi berjumpa...
Cukup semua sekali kita jarang...
Kerna aku yakin Allah akan beri aku ganjaran sekiranya aku menjadik seorang yang bersabar...
Dan aku mahu kan ganjaran itu.

Awak,
Ketahui lah,

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu itu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang rapuh.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan titisan air mata ini mengalir dengan benda yang hanya kerna urusan Duniawi. Kerna aku tahu Engkau sebaik-baik penolongku tika saat ini dan selamanya.....

HambaMu yang R A P U H....


Bukan mencari yang tepat,
Tetapi mencari yang sesuai.

Bukan juga memilih,
Tetapi memang terpaksa memilih.

Bukan mencari kesempurnaan,
Tetapi yang sanggup untuk bersama mengejar yang ma'aruf.






Jumaat, 14 Februari 2014

????

Al-Quran itu dipegang erat dengan kemas. Mata menumpukan perhatian kepada ayat yang di alunkan. Hati bagai sedang bersemanyam di atas awan. Membaca dengan penuh penghayatan.

"Aku perlu ketenangan yang lebih di saat Allah sedang menguji ku." Bicara hati.

Surah Toha itu dialunkan, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan ketika gundah, surah kekuatan dikala susah.

“Ehem”.

Pembacaanku terhenti. Perlahan-lahan Ammar menoleh kearah suara itu.

Farid  sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal.

“Kau nak ape?” Ammar  bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, namun masih kekal bersila. Dia tahu sememangnya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya.

“Masih bermasalah membuat pilihan wahai sahabatku Muhammad Ammar ?”  Sambil bahu Ammar ditepuk,  dan kini Farid bersila dihadapannya. Lutut bertemu lutut.

“Bagaimana dengan Istikharahnya?” Soal Farid kepada Ammar.

“Apa kau ingat istikharah itu semua keluar melalui mimpi? Pastu dapat jawapan? Kalau bergitu senang, baik aku istikharah setiap malam peperiksaan.”  Sambil menjeling mata kepada Farid.

Farid seakan-akan tidak tahu bagaimana system istikharah yang sebenarnya berfungsi. Farid hanya tertawa senang disitu. Bahu Ammar ditepuk beberapakali, tanda memahami dan terkesan dengan canda tadi.

Istikharah bukan lah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita, Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkusi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah tetenangan hati yang kuatt apabila membuat sesuatu keputusan itu. Penerangan ringkas dari Ammar.

“Ermm.. Aku rasa aku lebih Nampak jalan ke sebelah B yang lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana.” Ammar melepaskan keluhannya. Nampak bahawa jalan B bukan jalan pilihan asalnya.

“Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan kau kecewakan?” Soal Farid kepada Ammar.

Mata Ammar dan Farid bertaut. Sengih kelat  muncul pada wajah Ammar. “Kau tahu bukan aku tidak mengenali Qalisya, hanya nama yang jadik sebutan tapi entah bagaimana rupanya.” Ammar tertunduk.

“ Tetapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu berkahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu.”  Kata-kata Farid memang benar. Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar.

“Kadang-kadang Ammar, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuhnya bersandar ke dinding. Sambil matanya memandang syiling.

Jiwa Ammar seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu.

“Maksud?”

“Kalau aku, aku biarkan saja waktu itu berjalan. Kau sudah berusaha, Biar kan saja Allah yang menentukan.. Qalisya Humaira gadis yang hanya menjadik sebutan.” Kata Farid terhenti sambil melirik mata kepada Ammar.

Fikiran Ammar melayang, teringat akan pesanan ringkas yang dihantar Balqis.
“Assalamualaikum Ammar, maaf ana mngganggu dikala orang lena dibuai mimpi dan ada juga yang menahan mata untuk bertahajud. Ana hanya mahu meluahkan isi hati ana. Sudikah enti menerima ana untuk diperisterikan...” Ringkas pesanan tapi begitu besar impak yang hadir.. Semangnya Balqis adalah sahabat kelasnya dari zaman Diploma lagi. Gadis sama bidang denganya dan kini sama University dengannya...

Lamunan Ammar terhenti.  Azan Isyak berkumandang seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengusutkan itu.

Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Ammar kembali bertemu. Keadaan masih senyap.

“Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.”


Lantas Farid bergerak keluarr dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid.


******


Bersambung....

**Need Idea untuk letak tajuk... :( Please everyone bagi idea.. wait next chapter....