Jumaat, 28 Februari 2014

R A P U H

Ada banyak benda kadang aku tak mampu nak meluah direct...
Kerna aku seorang wanita, mungkin malu ku tinggi menggunung...
Cemburu ku tak dapat kau lihat,
Tapi, aku yakin kau dapat rase serba sedikit...
Memang, aku, kau jarang dalam semua benda...
Berkomunikasi, bercerita, apa lagi berjumpa...
Cukup semua sekali kita jarang...
Kerna aku yakin Allah akan beri aku ganjaran sekiranya aku menjadik seorang yang bersabar...
Dan aku mahu kan ganjaran itu.

Awak,
Ketahui lah,

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu itu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang rapuh.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan titisan air mata ini mengalir dengan benda yang hanya kerna urusan Duniawi. Kerna aku tahu Engkau sebaik-baik penolongku tika saat ini dan selamanya.....

HambaMu yang R A P U H....


Bukan mencari yang tepat,
Tetapi mencari yang sesuai.

Bukan juga memilih,
Tetapi memang terpaksa memilih.

Bukan mencari kesempurnaan,
Tetapi yang sanggup untuk bersama mengejar yang ma'aruf.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan