Isnin, 23 Jun 2014

Cerita hanya untuk renungan bersama

Hari ini aku nak cerita satu kisah.
Kisah ni kisah benar.
Aku bukan nak mengaib kan sesiapa. Tapi ia sebagai renungan kita semua.

Kisah ini terjadi pada akak sahabat aku sendiri.
Kadang aku akan berfikir, besar ujiannya. Mampukah aku diberi ujian seperti itu jika aku duduk di tempatnya? Bisakah aku mampu dengan semua ini? Hrmm entah lah.


Menjalani liku-liku hudup sebagai seorang manusia, kita pasti tidak akan lepas daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang itu selalunya menjadikan kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak, ujian itu sifatnya mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih kuat dalam setiap bebanan kehidupan.

Begini kisahnya, semalam aku keluar dengan kawan baik aku semasa di alam begelar pelajar. Sambil berbual tangan aku ralit melihat photo pernikahan si sahabat. Hati sempat berbisik bila masa aku pula bisa bergini? Biasalah aku memang sifat seorang yang suka berangan. (Nama di dalam ini bukan nama sebenar. Bagi menghormati sahabat saya)

Melihat gambar family sahabat.

"Ah! Qa, Yani bila nak nikah?"

"Entah lah aku pun tak tahu."

"Ai! kau Qa, langgar bendul betul."

 Haha hanya gelak mengiringi pada masa itu.

Siapa Yani? Yani merupakan akak kepada Qa. Yang kini belajar di USIM mengambil bidang Pengurusan Dakwah. Kalau korang baca dan lihat pun tahukan, budak berkelulusan agama ini pasti baik orangnya. Dan ya memang akak kepada sahabat aku ini baik orangnya.

Sambil tangan menyelak lagi helaian gambar, tetiba si sahabat berkata.

"Nurul, janji ya kalau aku cerita kau jangan cerita pada sesiapa ya."

 Aku pun jadi blur. Mata aku masih ralit di helaian gambar. dan hanya menjawap "ok"

Sedangkan aku tak tahu apa yang aku "ok" kan itu.

Si sahabat mengulangi ayat yang sama. "Nurul, kalau aku cerita janji ye jangan cerita kat sesiapa."

Kali ini mata memandang waja si sahabat. "Ye ok aku janji tak bercerita kat kawan-kawan kita." Bila puas dengan jawapan aku. Si sahabat pun mula bercerita.

"Sebenarnya Nurul, Yani dah nikah. Tapi cuma buat kecil-kecilan panggil ahli keluar terapat."

Di situ aku terhenti menyelak helaian gambar dan memfokusi si sahabat. "Oh yaka. Alhamdulillah."

"Besar ujian Yani ni Nurul." Kata-kata terhenti disitu. Aku hanya menggu si sahabat bercerita.

Bergini ceritanya. Dia orang bernikah tanpa pengetahuan ayah dan ibu pihak lelaki. Hanya keluarga aku dan saudara-mara aku je yang tahu. Tapi memang mereka nikah sah. Dan ada sijil dari pejabat agama. Terang Qa kepada aku. Aku mengiakan dan faham tentang apa yang mahu diceritakannya.

Suami Yani ini Satu College dengan Yani dulu. Mula-mula mereka nak bernikah tu, keluarga aku pun banyak menentang. Tapi nak buat macam mana. Kau sendiri paham kan, orang yang beragama ini mereka tidak mahu berzina dengan hati. Kalau bisa ada jalan pasti dia akan cari asalkan ia benda yang menghalalkan dan lari dari zina. Dan aku disitu masih menjadi pendengar yang setia.

Ayah aku, ada cakap kat suami Yani sebelum dia orang nak bernikah.Ayah aku nak jumpa keluarga Wan untuk terangkan kat mereka macam mana. Wan kata kat ayah aku, "Pakcik saya yang anak mereka pun mereka tak mahu mendengar apa lagi orang luar pakcik." Wan ni anak sulung dalam keluarga. Apa saja keluarganya yang aturkan. Wan hanya ikutkan saja. Dia tak tahu nak terangkan apa lagi kat family dia. Asal cakap pasal nikah pasti mereka membantah. Ayah aku pun tak boleh nak buat apa. Pastu mereka pun bernikah lah.

Suami Yani ni die bekerja dengan agensi Umrah dan Haji. Aku lupa apa nama agensi ni. tapi famous lah juga. So memang selalu travel lah. Kadang pergi Madinah, Kadang pergi korea dan sebagainya. Kalau suami Yani balik malaysia je. Pasti akan balik rumah mak ayah aku jumpa yani. 1-2 malam kat rumah mak ayah aku. Pastu baru balik rumah mak ayah dia.

Nak dikisah kan satu hari ni. Suami Yani balik rumah Family dia. Lepas balik tu, suami dia senyap je. Yani message tak balas langsung, call pun tak berjawap. Isteri mana yang tak risau bila suami tak balas message dan call kan.

Dan besok harinya tu kebetulan aku ada kat rumah mak aku. Akak aku semua ada dok bercerita pasal Yani. Aku pun dengar jelah. Tetiba ayah aku datang dapur cakap, "keluarga Wan datang."

Semua tak percaya masa tu. "Semua kata ah! ayah ni main-main pula."

"Ia lah betul, keluarga Wan datang tu dengan Wan sekali."

Ok pada masa tu tak tahu nak cakap macam mana Nurul. Mak Wan belagak sangat. Tak nak pandang muka Yani. Muka belagak. Yelah keluarga mana tak marah tetiba dapat tahu anak dia sudah bernikah tanpa pengetahuan mereka. Masa tu ayah aku lah terangkan semuanya macam mana dan mengapa. Patutnya mak dia kena paham jiwa anak muda ni. Dari berlakunya perkara tak baik, baik mereka bernikah betol tak? Tapi yelah lelaki bukan macam wanita. Tak ada wali tak sah pernikahan tu. Cara pemberitahuan kepada family lelaki pun macam satu tanda hormatkan? Wallahualam.

3 perkara yang harus disegerakan.

1- Bersegera menunaikan solat.
2-Bersegera mengkebumikan jenazah
3-Menyegerakan pernikahan

Panjang jela lagi lah ayah aku ceramah kat keluarga suami Yani. Tapi nak buat macam mana mereka tetap dengan keputusan mereka. Tak nak dengar. Nak juga putuskan hubungan mereka. Kau tahu Nurul, Wan datang kurus sangat Nurul. Dia senyap ja. Kesian kami tengok.

Lalu aku pun bersuara. "Tak kan lah family dia macam tu? Family beragama takkan tak boleh fikir semua tu. herm.."

"Nurul, kalau mereka beragama tak kan benda macam tu pun mereka tak boleh fikir. Tak kesian ke kat anak?"

Mata aku masih memfokusi si sahabat. Kadang kala ada benda yang aku fikirkan dan kadangkala simpati pun ada. Perasaan nak menitis air mata pun ada. Tapi nasib lah tempat umum masa tu. So cover je lah yang aku mampu.

Kawan ayah aku ni Ustaz Nurul, dan dia reti tengok orang. Kawan ayah aku kata ayah Wan ni ada 'guna' juga. Dan Wan dah kena. Apa yang diceritakan kawan ayah aku, tulang belakang Wan sudah diikat dengan benang. Wallahualam. Tapi percaya lah wan tu baik sangat orangnya.

Wan last dapat bekerja kat Travel Agensi Umrah tu. Dan last di dapat pergi ke Madinah. Selamat pakcik aku ada kenal polis kat airport Nurul. Tulah last day Yani dapat jumpa Wan. Tu pun senyap-senyap Nurul. Ayah Wan ada kat luar pintu sebelum pelepasan tu. Memang dia tak bagi Yani jumpa lah. Nak jumpa suami sendiri pun senyap-senyap kan Nurul.

"Pastu balik tu dapat jumpa tak Qa?"

"Mana ada dapat jumpa Nurul."

Satu hari ni kan Nurul, Yani beranikan diri pergi rumah mertua dia. Yelah nak menuntut bela. Dan terangkan semua benda. Yani datang dengan kawan dia masa tu. Yani dah prepare macam-macam ni. Segala sijil, surat nikah semua. Masa tu ayah Wan tak adak kat rumah. Yang ada Mak dia dan Nenek dia je. Mak Wan kata, Wan tak ada. Dia dah hantar pergi belajar. Tapi Yani tahu Wan ada. Sebab Yani nampak baju Wan tersidai. Mereka kurung Wan. Telifon semua tak berangkat Nurul. Yani berani kan diri. Dia lari masuk terus rumah Wan cari wan. Pastu dalam rumah tu ada Nenek Wan. Yani pun tunjuk semua surat nikah mereka. Nenek Wan pun tak boleh buat apa Nurul. Nenek Wan pun baru tahu yang Wan ni dah bernikah. Mak Ayah Wan tak cerita apa-apa pun kat Nenek dia. Tapi nak buat macam mana. Nenek Wan pun tak boleh nak buat apa. Tetiba je Nurul, Ayah Wan balik. Dia halau Yani Nurul. huhuhu Macam-macam yani usaha dan pertahan kan rumah tangga mereka.

Selang berapa hari tu, Yani ada dapat message dari Wan. Nak tahu apa kandungan message tu?

Aku dengan muka ingin tahu mengangguk laju.

Wan ceraikan Yani dengan 'Talak Satu'.

Allahu!!! Rasa menggigil tangan aku masa tu.

Keluarga aku pun pergi lah kat pejabat agama semua. Masa hari pembincangan tu kat mahkamah. Nama Yani je naik untuk dipanggil untuk menerangkan semuanya. Yani dah prepare dah ni. Siap bawa buku Nurul. Buku tu siap dah tulis tarikh kejadian dan macam-macam lah. Yelah nak bela diri dia kot. Pastu dah cerita semua sekali. Hakim pun kata memang keluarga Wan salah dan Wan pun salah. Sebab Wan tak mempertahankan semuanya. Yelah nak buat macam mana mungkin Wan buat benda tu tanpa sedar dia kan. Wallahualam. So Yani dapat duit Mas kahwin yang tertangguh RM5000 dan duit nafkah RM1000. Yani dapat duit tu terus keluar kereta. Hahaha Qa gelak, dan aku pun gelak sekali.

"Abis tu Yani sedih tak?"

"Sedih lah Nurul. Bengkak-bengkat mata Yani menagis Nurul."

"Abis sekarang macam mana? Alhamdulillah ok dah. Tapi tu lah kita tak tahu macam mana perasaan dia sekarang. Luar nampak ok. Dalam sapa tahu?"

Aku hanya mengiakan. "Ermm Qa, orang yang lagi beriman, lagi besar ujian dia kan Qa. Semoga Yani tabah."

                                                                                                                                                                   

So dari cerita semalam banyak benda aku ambil kan iktibar. Tak semua jalan cerita kita baik dan tak semua kita ingin kan itu kita perolehi. Allah adalah sebaik-baik perancangan.


Mari kita lihat ayat [Al-Baqarah: 286]

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." [Al-Baqarah 286]

Dari ayat tersebut kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggunya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian dan dugaan itu.

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ia bukti jelas berdasarkan ayat 2-3 surah [Al-Ankabut].

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan diberikan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta." [Al-Ankabut: 2-3]


Jumaat, 6 Jun 2014

Aku Mahu Dekat DenganNya

Assalamualaikum semua. Rindu rasanya kat blog ambo ni. Lama tak menjenguk disini. Update pun jarang. Tak apa, aku tak banyak follower pun kan nak selalu update.

Boleh tak hari ini aku nak update sesuka hati aku? huhu

Misti orang akan tanya kenapa,kenapa,kenapa??

Tak ada apa-apa pun sebenarnya..

Cuma!!!!!

Aku rasa jauh..

Apa yang jauh?
.
.
.
.
.

Hati aku rasa jauh dengan Tuhan. Allahu... Napa sebak sangat ni? Rasa nak menitis je air mata ni.

Nurul be strong please.. Allah itu ada saja dimana-mana dengan kau. Setiap sudut, setiap penjuru, setiap jalan.....

Bagai ada satu suara yang mahu aku bangkit.

Ahh, Ya! aku perlu bangkit. Teruskan istiqomah ini. Tapi benar aku bilang, Aku rindu Allah. Aku rindu sangat dan teramat.

Kenapa ni kenapa? Kau tak jaga hubungan bersama Allah dengan baik ke? Kau tak solat? Kau tak berzikir? Kau tak Mengaji? Kau tak tahajjud?

Ada lagi suara yang menyoal. Kali ini membuat aku berdiri lemah.

Dengan pelahan aku menjawap. Aku solat, aku cuba menjaga solat aku. Aku mengaji walaupun rasa malas dalam diri ini. Aku berzikir tapi tidak sekerap selalunya. Hrmm! Tahajjud? Aku sudah lama tidak melakukannya. Ada kah ini punca Allah menjauh kan diri dari aku? Tapi, aku rindu Allah. Sambil titisan air jernih keluar.

Bukan Allah yang menjauh kan diri dari engkau, tapi! Engkau yang menjauhkan diri dariNya.

Deep!! Termenung seketika.

Wahai hati, benar apa yang engkau bilang, aku yang jauh dari Tuhan. Harian yang aku amalkan kini semakin berkurangan. Sebab itu Aku rasa rindu akanNya. Semakin pantas aliran tangisan ini mengalir. Allah!!! Jerit hati. Huhuhu

Aku akan cuba untuk istiqomah ini. Wahai 'Iman' aku merayu kepadamu, agar butuh di dalam diri ini. Aku perlukan engkau untuk mengejar Cinta Allah kembali.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------