Jumaat, 6 Jun 2014

Aku Mahu Dekat DenganNya

Assalamualaikum semua. Rindu rasanya kat blog ambo ni. Lama tak menjenguk disini. Update pun jarang. Tak apa, aku tak banyak follower pun kan nak selalu update.

Boleh tak hari ini aku nak update sesuka hati aku? huhu

Misti orang akan tanya kenapa,kenapa,kenapa??

Tak ada apa-apa pun sebenarnya..

Cuma!!!!!

Aku rasa jauh..

Apa yang jauh?
.
.
.
.
.

Hati aku rasa jauh dengan Tuhan. Allahu... Napa sebak sangat ni? Rasa nak menitis je air mata ni.

Nurul be strong please.. Allah itu ada saja dimana-mana dengan kau. Setiap sudut, setiap penjuru, setiap jalan.....

Bagai ada satu suara yang mahu aku bangkit.

Ahh, Ya! aku perlu bangkit. Teruskan istiqomah ini. Tapi benar aku bilang, Aku rindu Allah. Aku rindu sangat dan teramat.

Kenapa ni kenapa? Kau tak jaga hubungan bersama Allah dengan baik ke? Kau tak solat? Kau tak berzikir? Kau tak Mengaji? Kau tak tahajjud?

Ada lagi suara yang menyoal. Kali ini membuat aku berdiri lemah.

Dengan pelahan aku menjawap. Aku solat, aku cuba menjaga solat aku. Aku mengaji walaupun rasa malas dalam diri ini. Aku berzikir tapi tidak sekerap selalunya. Hrmm! Tahajjud? Aku sudah lama tidak melakukannya. Ada kah ini punca Allah menjauh kan diri dari aku? Tapi, aku rindu Allah. Sambil titisan air jernih keluar.

Bukan Allah yang menjauh kan diri dari engkau, tapi! Engkau yang menjauhkan diri dariNya.

Deep!! Termenung seketika.

Wahai hati, benar apa yang engkau bilang, aku yang jauh dari Tuhan. Harian yang aku amalkan kini semakin berkurangan. Sebab itu Aku rasa rindu akanNya. Semakin pantas aliran tangisan ini mengalir. Allah!!! Jerit hati. Huhuhu

Aku akan cuba untuk istiqomah ini. Wahai 'Iman' aku merayu kepadamu, agar butuh di dalam diri ini. Aku perlukan engkau untuk mengejar Cinta Allah kembali.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiada ulasan:

Catat Ulasan