Sabtu, 24 Mei 2014

?????

Qalisya bergegas bangkit dari tidurnya. Mencapai helaian tuala yang tergantung. Kenapa boleh lewat ni? Omel diri sendiri. Gara-gara penangan pulang ke kampung lah ni. Masa ni lah jam kau  nak buat hal. Bebel Qalisya sebel dengan jam loncingnya yang tidak berfungsi. Sebenarnya bukan tidak berbunyi atau berfungsi, Qalisya yang terlalu keletihan memandu dari Johor ke Kuala Lumpur. Itu yang membuatkan dia tidak sedar jam loncingnya berbunyi. Ahh, aku sudah terlewat bangun subuh. Di lihat jam di dinding, lagi 10 minit jam 7.00 pagi. Bak kata orang-orang tua, kalau kita terlewat subuh, subuh itu dipanggil subuh gajah. Ada ke subuh gajah? Apa kaitan subuh dengan gajah? Hurm... Ya Allah, moga Engkau terima solat ku ini. Amin Ya Allah. Doa Qalisya.

Dibelek-belek baju di almari. Di ambil satu-persatu baju yang tergantung. Semua yang tergantung jubah, dress labuh dan blouse labuh. Sememangnya Qalisya adalah seorang wanita yang cukup menjaga pemakaian dia sebagai wanita islam. Pabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan saja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri seorang wanita itu sangat mahal. Sebab itu syariat menetapkan wanita menutup aurat dengan sempurna. Walaupun Qalisya berpewatakan gila dan brutal dia masih menjaga auratnya sebagai yang beragama islam.


Menggayakan jubah abaya umbrella sambil menyarung sneakers converse kegilaanya. Itu lah pakaian kegemarannya, simple tapi style. Dari zaman university sampai bekerja itu saja cara pemakaiannya. Seorang yang trendy tapi sneakers dalam diri dia memang tak dapat dipisahkan. Pernah sekali tu Qalisya menggayakan kasut bertumit tinggi tapi nasib tidak menyebelahi dia. Habis tersungkur jatuh di halayak ramai. Semua mengetawakannya pada masa itu. Peghh tak tahu nak cakap macam mana pada waktu itu. Tapi memang malu lah jawapnya. Sudah lah malam dinner untuk pelajar-pelajar semesta akhir pula, memang semua ada jawapnya pada waktu itu. Namun selamat ada Lisa dan Zik pada masa itu yang boleh mententeramkan Qalisya. Kalau tidak misti aku sudah balik. Duduk dalam bilik lepas itu, tutup muka pakai bantal dan memang tak keluar bilik lah jawapnya. Lepas dari kejadian itu, Qalisya insaf mahu memakai kasut yang bertumit tinggi. Qalisya oi! macam-macam ragam lah kau ini.

Bergegas Qalisya ke pejabat pada pagi itu. Cara pemanduan tidak boleh nak cakap macam mana lah kan memang macam pelesit lajunya. Selamat pagi itu, jalan tidak bergitu jem. Tepat jam 8.00 am Qalisya sampai di pejabat.

Seperti hariannya semua staff dia hey. Anak buah bos yang sangat sporting dan friendly. Dari pengawal keselamatan, cleaner dan staff atasan dia hey. Begitu ramahnya Qalisya. Sebab itu semua orang menyenangi Qalisya. Sampainya dia di meja, mata terpandang akan sejambak bunga. "Aikk sapa letak bunga atas meja aku ni?kau punya ka?" Tanya Qalisya kepada Ekin. Ekin hanya tersenyum sambil menjongkit kening sebelah dan menjawap. "You punya lah sayang oii". Sambil mata dan jari menunjuk ke department depan.

Aku punya? aikkk birthday aku lambat lagi, valentine day ke? oittt haram lah sambut. Tapi... Ahhhh ni bulan 4 ape valentine nya pulak. Sambil digaru-garu kepalanya.

Tangan mencapai kad yang berada di sebalik bunga itu. 'Morning Qalisya Humaira. Senyum adalah sedekah, pagi-pagi ni bila awak lihat bunga ni saya nak awak tersenyum indah seperti bunga ini. -Farhan prince charming  sambil membuat emoticon lidah terkeluar-.

Hahaha.. Tergelak Qalisya, Farhan oi! kau ni memang tak ada kerja kan. Suka benar menyakat aku. Mentang-mentang aku tak pernah dapat bunga dari kekasih macam Ekin dapat bunga dari kekasihnya dan aku seumur hidup ini tak pernah dapat bunga kau nak perli aku konon lah ye ada prince charming datang bagi bunga. Konon kau lah tu prince charmingnya hampeh punya peragai. Bebel Qalisya dengan sikap Farhan kawan sekerjanya yang selalu membuat dia tergelak dengan sikap bajek romantic dia itu.

Farhan adalah satu-satunya kawan yang bisa lembut kan hati Qalisya selepas Zik. Nak tahu macam mana terjadinya sebuah persahabatan? Masa itu, Qalisya mengendali Projek bersama Farhan di Bukit Indah untuk melawat kawasan disana. Tak perlu cerita lah muka Qalisya ketat macam mana kan. Mencuka ja sepanjang perjalanan. Sebel kerana berurusan dengan lelaki. Yelah hati masih terasa luka lagi sejak Zik bernikah. Sepatah Farhan tanya sepatah Qalisya menjawap. Nak taknak kena juga pergi dengan mamat itu. Nak di buat bagaimana bos besar yang arahkan. Sememangnya Qalisya seorang yang amat menghormati unclenya. Apa yang di suruh unclenya diikutkan saja. Walaupun kadang dia memberontak dalam diam. Yelah uncle dia bos dia dan dia hanya orang bawahan. Mahu atau tidak ikutkan saja. Dengan niat mahu bekerja. Ai kau lelaki, kalau bukan uncle aku yang suruh memang tidak lah aku nak bergabung dengan engkau ye. Melebarkan senyuman teringat akan semua kisah itu.

SenyumQalisya terhenti bila dia mendapat pesanan ringkat dari Farhan.

'Beb, prince charming kau dah bagi bunga ke? hahaha'

Balas Qalisya, 'Sape?? Kau ke?? please lah beb jangan nak perasan sangat lah budak pendek!! wey jangan lupa meeting dengan Dato Harun pukul 9.00 pagi nanti.' Sememangnya Farhan sedikit pendek tapi tidak lah pendek macam ayam katek cukup tinggi 5 inci kot dari Qalisya.

'Iskk tak romentik betol. Harap muka ja ayu. Tapi, hampe.. Sekurang-kurangnya say thanks ke ape. Ini dengan perangai ego kau tu tak habis-habis. Bagi lah sikit ruang kat abang Farhan jadi romentik. hahaha ok minah senget aku tak lupa. :)'

Qalisya hanya membiarkan saja mesej yang dihantar Farhan. Malas dia mahu melayan kerenah Farhan. Dia tahu, Farhan memang suka menyakat dirinya. Lelaki ke dua yang rapat dengannya. Yang bisa masuk kepala gilanya. Lihat saja seperti bunga tadi, ada saja pembaziran yang dia akan buat supaya aku gembira. Nasib kau lah Farhan dapat kawan macam aku.

Deringan telifon pejabat berbunyik.

"Qalisya datang ke bilik uncle sekarang."

"Baik bos." Jawap selamber Qalisya.

Sebelum masuk ke bilik Dato Sahrum, Qalisya terlebih dahulu pergi ke pantry membancuh coffee untuk unclenya.

Pintu bilik Dato Sahrum di ketuk.

"Assalamualaikum uncle." Sambil membawa secawan coffee yang dibancuhnya tadi.

"Waalaikumsalam Qalisya."

Tersenyum melihat Qalisya dengan segelas coffeenya itu. Dato Sahrum sememangnya amat menyayangi Qalisya. Sejak kematian ibu bapanya, Dato Sahrum lah yang mengambil berat tentang Qalisya dan abangnya. Selepas tamat Diploma Qalisya, Dato Sahrum mengambil Qalisya bekerja di syarikatnya UDA Holding. Bila dia menatap raut wajah anak itu, dia seperti melihat arwah adiknya iaitu ibu kepada Qalisya. Cukup persis. Serba sedikit hilang rindu kepada adiknya itu.

"Ada apa uncle panggil ni? Berkaitan meeting sebentar lagi dengan Dato Harun ke uncle?"

Sambil meneguk secawan coffee yang Qalisya bawa sebentar tadi. "Ermm everything okey? Proposal? Tak ada masalah??"

"Semua okey uncle. InsyaAllah semua berjalan dengan baik. Qalisya akan pastikan Qalisya dapat tender itu. Jangan risau ye uncle. Ni Qalisya kan." Sambil tergelak gurau. Gurau itu teserlah riaknya. Ada-ada saja lah kau Qalisya.

"Baik lah. Bagus kalau bergitu. Uncle percaya pada kamu. Ni abang Qalisya ada call uncle semalam. Tanya pasal kamu. Kamu bergaduh dengan abang ke?"

Ermm.. bunyi keluhan dari dirinya. Kenapa lah abang perlu bercerita pada uncle. Aku bukan merajuk betol-betol pun. Saja nak protest dengan abang je. Abang!!! Kau tahu kelemahan aku kan.. kau tahu aku tak boleh tolak kalau uncle yang suruh. Kau tahu aku akan turut saja apa uncle akan cakap. Kau perguna kan uncle untuk pujuk aku ye. Siap kau abang siap kau. Aku ganyah-ganyah bila kau balik sini nanti. Kata hati Qalisya tanda tidak kepuas hatinya kepada abangnya itu.

"Ah uncle tak ada lah. Mana ada merajuk dengan abang." Sambil buat muka selumbur.

"Tak payah nak menipu uncle ya.. Uncle tahu dah semuanya. Lihat riaksi kamu saja uncle sudah dapat baca."

Terkebil-kebil mata Qalisya. Adoi... kenapa lah muka aku ni tak boleh menipu. Asal menipu je misti terkantoi. Stress aku stress. Abang!!!! siap kau siap abang.

" Nothing serious uncle, masalah adik beradik saja."

Dato Sahrum hanya menggelingkan kepala sahaja. Sambil berfikir bagai mana nak menyusun ayat supaya Qalisya dapat mempertimbangkan permintaan abangnya itu.

Terdiam kedua-duanya. Qalisya dengan dunianya berfikir bagaimana nak mengelak dengan semua ini. Ai nasib engkau lah Qalisya bila menjadi adik. Kau pasti akan mengalah punya. Percaya lah. Seperti ada seseorang berbisik di telinganya. Mata melilau ke kiri dan kanan, tak ada sapa-sapa pun.

"Qalisya..." Panggil lembut Dato Sahrum.

Kini anak mata Qalisya ke arah Dato Sahrum. Sambil membuat muka simpati agar dihentikan persoalan ini. Dia tidak mahu hal peribadinya dibincang di sini.

"Uncle tak mahu paksa Qalisya. Qalisya sudah dewasa. Boleh berfikir dengan waras. Kalau Qalisya rasa apa yang abang buat itu salah kamu pertimbangkan lah. Abang Rizwan sayang kan Qalisya. Dia mahu yang terbaik untuk adiknya yang sorang ini. Bulan depan abang pulang dari Sarawah, kamu bincang lah bersamanya. Uncle hanya mampu menasihat sahaja." Simpati akan raut wajah polos Qalisya pada saat itu.

"Uncle, Qalisya akan pertimbangkannya ya. Tapi, bagi Qalisya waktu sedikit untuk..." Kata Qalisya terhenti disitu. Bagai ada sekatan di rongga tekaknya yang membuatkan dia tidak mampu mengeluarkan kata selebihnya.

Daun pindu diketuk.

Tok! Tok! Tok

"Maaf mengganggu Dato Sahrum, Mr Lee sudah sampai." Saat ini kata syukur sahaja yang terkeluar dari mulut Qalisya , kerana semuanya terhenti. Dan dia boleh mengelak dari disoal dan dibelenggu rasa serbesalah. Terima Kasih Kak Sya Terima Kasih. Bicara Terima Kasihnya yang hanya mampu diluah dalam hati ketika itu. Kalau bisa, mahu saja dia 'sujud syukur' saat itu.


"Uncle Qalisya keluar dulu ya." Memberi ruang untuk tetamu yang hadir untuk berjumpa dengan unclenya.

"Baik lah Qalisya. Jangan lupa ya. Pertimbangkan semuanya. Uncle dan abang tidak mahu memaksa Qalisya, Tapi hanya mahukan yang terbaik untuk Qalisya dunia akhirat."

"Baik uncle." Sambil daun pintu dibuka dan mahu saja dia waktu itu bergegas keluar. Malas mahu mendengar barkaitan ini lagi.

******


Akan ada sambungannya lagi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan