Jumaat, 31 Ogos 2012

menanti disana


اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




membukakan bicara hati yang sukar untuk aku luahkan.
itu lah aku,
seorang hamba yang sukar untuk meluah,
andai hati terluka
diam seribu bahasa...
kadang-kadang hati rasa amat lemah,
namun aku terus tekat untuk menghadapinya.

andai ianya tidak tertanggung
hanya yang mampu hanyalah tangisan,
dan berserah kepada mu YA ALLAH..

aku sering dinasihati untuk meluah,
maaf,, aku bukan tidak mahu meluah,
tapi, aku mahukan masa untuk meluah.

TUHAN,
andai aku wanita yang selalu lalai dalam mengejar keduniaan
tunjukkan lah aku jalan untuk mengejar syurgamu.
andai aku lalai untuk memanfaatkan ganjaran pahala yang engkau berikan
berikan lah aku keinsafan untuk mengejar pahalamu...

aku hanya wanita yg mahukan kesempurnaan dalam keredhaan mu ya ALLAH,
kesempurnaan dalam mengejar cintamu ya ALLAH...

andai aku jatuh,
aku perlukan tangan seorang hambamu untuk membangun kan aku untuk mengejar syurgamu.

andai aku menangis tentang dosa silam ku,
itu bermakna aku malu dengan diriku.
malu dengan dosa yang aku lakukan.
malu ku terhadapmu ya ALLAH...

ya TUHAN ku...
aku bersyukur kerna memberi aku kesempatan untuk mengejar syurgamu,
memberi aku kesempatan untuk aku tabah dengan ujianmu...




CeritaHati : Dalam setiap sujud dan doa, semoga Allah merahmati jiwa kita. Simpan rindu itu rapi di dalam hati, bekalan kekuatan untuk meniti hari-hari yang menanti. Sungguh, cinta dan sayang kita terhadapnya kerana Allah. Cinta kita kerana Allah. Kerana Allah. Semoga. Destinasi kita sama, maka aku pegang tanganmu, dan kamu jangan lepaskan tanganku.:')





Tiada ulasan:

Catat Ulasan