Isnin, 21 April 2014

Hari ku dibasahi hujan

Boleh tak hari ini aku nak bercerita sikit?? Selalu kalau aku update semua ayat-ayat bunga.. Bukan apa penangan budak sastra. Hehehe

Sebenarnya harini bos part time bagi aku cuti, tak payah datang kerja tapi... kena bukak kedai besok awal pagi. Alhamdulillah dapat juga manja kan diri. Lama rasanya tak berehat kan badan secukupnya. Serious selalu sangat sakit-sakit badan ni. Tapi aku x nak jinak kan diri ni dok buat saja je tak ada fungsi. Huhuhu bagi aku lah.

Dikisahkan cerita harini hujan lebat sangat. Ok, payung ada ape lagi redah je lah. Nak dikata tempat bus tu nak jalan dalam 5minit kot. Sebab tempat kerja kat Pudu Sentral ambil bus pula kat lrt masjid jamik. Serious ujan lebat sangat tadi. Hujan dengan angin yang sangat kuat. Dalam hati Alhamdulillah hujan rahmat. Tapi nak diceritakan huhuju basah lencun aku harini. Fungsi payung pun tak tahu apa sebenarnya. Sebab memang basah lah. Tahu je lah ributkan. Abis payung nak terbang. Tapi aku kukuhkan. Ada orang satu restoren baik hati nak tumpangkan aku berteduh tapi.... Aku tolak. Bukan apa. Aku tak nak restoran dia basah. Aku duduk je di balik celah-celah restoran tu. Orang tu lihat je aku. Aku pulak masa tu melihat setiap titisan hujan yang jatuh. Sambil tiupan angin yang agak kencang.. Otak kembali berfikir tentang tujuan apa aku hidup. Seriously aku sebak. Banyak benda sebenarnya aku fikir. Tapi tak semua benda aku dapat luah..

Ujan kembali reda sedikit. Aku teruskan langkah menuju tempat yang ingin dituju. Ada pulak kereta mewah lalu tepi aku, pastu terkena percikan becak kat aku. Serious lagi basah lah aku jawapnya.. Hurmm keluh hati.. tak apa lah wahai kereta mewah. Aku maafkan kau.sememangnya aku sedang belajar apa itu erti kemaafan.

Tak sampai 5minit bus dah sampai. Alhamdulillah tak payah aku tunggu lama-lama. Bila naik je bus Allah, sejuk dia tak payah cerita lah... Nak beku je aku rasa. Tak apa nurul hanya 45 minit saja perjalanan.

Adoii kasut dah bunyik kecek-kecek dah. Yelah ada air dalam kasut. Serious x selesa. Tapi nak wat macam mane, tak kan nak tangal malu je... huhu

Lepas dari kejadian harini aku nak demam ni. Sakit sangat kepala, badan tak sedap. Rasa suam-suam dah ni. Kalau ada orang ambil tahu pasal aku kan best tak ada lah aku risau kat diri aku sendiri ni ha. Hahaha ape aku merepek lah tiba-tiba. Tu ha ada orang nak kahwin dengan kau tak nak tolak orang tu mentah-mentah. Padan muka kau lah NurulOabihah oiii... Haha gelak kan diri sendiri. Alaaaa kahwin tu subjective bagi aku. Belum tentu ada jodoh dalam dunia. Cuba tetiba aku meningal masa nak jalan balik tadi kena langgar macam mane?? So tak payah fikir sangat lah semua tu. Hahaha Percaya kat Allah cukup dah.

Ok lah, aku nak tidur awal harini.. supaya demam tak menyerang Syafakillah pada diri sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan