Ahad, 6 April 2014

???????

Angin bergitu kuat memukul lembut pipi ini. Ketenangan jiwa yang diaturkan oleh Allah, Indah bukan?  Ianya tersusun cantik. Sebab itu aku dan Lisa selalu ke mari. Sekarang semuanya begitu asing bagi kami. Masing-masing busy dengan kerja masing-masing. Kami memang susah untuk berjumpa, rasanya last kami berjumpa pun semasa kami Konvokeysen dulu. Lisa ada lah sahabat aku ketika susah dan senang. Walau tidak bersua. Namun cukup alat telikomunikasi yang menyatukan kami.

Lisa aku perlukan kau sekarang untuk meyakinkan aku tentang semua ini. Bicara hati Qalisya.


"Qalisya dah kenapa engkau ni?? nada Lisa sedikit tinggi.

Qalisya yang dari tadi sedang mengelamun kini sudah terpinga-pinga kerna dik herdikan suara yang kuat di cuping telinganya.

"Ah, Lisa kau ni buat aku terkejut je lah. Gegar jantung aku ni tau tak. Kalau aku jatuh tadi macam mana??"
Sememangnya cukup jauh Qalisya mengelamun di bangsar usang yang dibuat ayahnya itu. Sampai kehadiran Lisa pun dia tidak dapat merasa.

Hanya gelakan Lisa saja yang kedengaran..

"Hahaha.. Qalisya , dari dulu sampai sekarang kau tak pernah berubah kan? Penat aku jauh-jauh datang, ni tak nak jemput duduk ke??" Menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah kawannya itu.

"Ermm kau ni lah kan. Duduk pun nak dipersilakan ke? Macam raja pulak. Mari sini duduk." Sambil menarik erat lengan Lisa yang menunggu Qalisya menjemputnya duduk.

"Bila kau sampai Lisa? Lama dah?"

"Qalisya, aku dah hampir 15 minit berdiri perhatikan kau. Mana kau nak perasan aku, kau asyik melayan perasaan kau yang tah apa-apa tu. Sudah lah Qalisya, dia pergi tinggal kan kau, hampir 2 tahun kau masih lagi macam ni. Termenung memikirkan janji yang sememangnya sekadar janji yang hanya dicipta manusia."

Pandangan Qalisya bergalih ke Lisa yang duduk di sisinya. "Aku tak fikir pasal Zik pun Lisa, lansung tidak. Yang aku fikirkan sekarang, mampu ke aku tempuhi hidup aku dengan seorang lelaki yang aku tak pernah kenal dirinya? Hurm.. Ape lagi hati budinya Lisa" Hembusan nafas dihembus tanda keluh atas diri sendiri.

Sememangnya Qalisya risau akan dirinya, mampu kah dia menjadik isteri sebaik Saidatina Khatijah yang didambarkan semua lelaki dibumi ini? Aku hanya gadis biasa yang mempunyai masa silam yang membuatkan diri nya kerdil untuk dijodohkan dengan lelaki yang beragama seperti yang diwar-warkan oleh abang. Dia tahu abang hanya mahu yang terbaik dalam hidup nya. Abang mahu dia mempunyai pendamping yang bisa menjaga dan mendidik adik nya ini. Abang hanya mahu aku mempunyai seorang khalifah yang bisa  menjaga diri nya seperti arwah ayah dan abang menjaga nya. Lagi-lagi sejak bekerja dengan uncle sebagai pengurus di anak syarikat uncle nya itu. Hampir lewat malam bekerja dan outstation sana sini. Hanya kerana jarak abang dan diri nya kini yang membuatkan abang mahu aku dijodohkan dengan piliha nya. Hurmm.. Abang Rizwan!! Qalisya dah besar lah. Serawak bukan jauh mana pun. Jerit hati nya.

Sambil merapatkan diri dan memeluk sisi Qalisya. "Qalisya aku paham ape perasaan kau, aku paham apa yang kau fikirkan. Tapi jangan sebab masa silam kau, atau si Zik tu kau nak tolak jodoh dari abang kau tu. Aku yakin dia adalah jodoh terbaik untuk kau yang mampu mengubah hidup kau yang semakin kelam ni menjadik pelangi kembali. Aku yakin itu Qalisya."

Qalisya yang dari tadi hanya tertunduk kini mengangkat muka nya melihat wajah Lisa yang cuba meyakinkan nya tentang lelaki yang hanya di kenali sebagai Ammar. Ahhh serabut lah bila fikir pasal lelaki ni... keluh hati nya.

Bukan Lisa tidak tahu pandangan si Qalisya tu. Mesti ada yang tidak meyakinkan nya tentang bicara aku sebentar tadi. Dia tahu sangat Qalisya ini gadis yang bagai mana. Gadis kepala batu yang brutal tapi ada kelembutan pada diri nya. Namun satu sikap nya, susah mempercayai kata-kata orang bila berkaitan dengan lelaki. Memang sikap nya susah percaya akan lelaki dan lebih gemar bertengkar dengan lelaki, ada saja yang tidak kena dimata nya mengenai lelaki. Tapi itu bukan bermakna dia enti lelaki, tapi dia lebih berjaga dengan lelaki. Di sebab kan petengkaran Qalisya dan Zik lah Qalisya menjadik akrab dengan Zik dan mengubah persepsi nya tentang lelaki serba sedikit. Tapi semua tu berubah kembali ke asal, bila Zik berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan Qalisya dan pada waktu yang sama Zik sudah menabur janji untuk bernikah dengan nya.

"Yelah Lisa aku pertimbangkan semua nya.Dan aku cuba pujuk diri aku ni ye." Jawapan hanya sekadar mahu menyedapkan hati Lisa.

Lisa yang dari tadi cuba memujuk Qalisya hanya tersenyum, dia tahu sahabatnya itu hanya mahu menyedapkan hatinya. Dan dia tahu Qalisya tidak akan menyesal berkahwin dengan Ammar. Dia yakin Ammar adalah lelaki yang terbaik untuk Qalisya dan bisa melembutkan hati keras wanita itu mengenai lelaki. Qalisya, yakin lah. Bercinta selepas nikah banyak kelebihan nya. Aku doakan yang terbaik untuk kau Qalisya. Bicara hati Lisa, yang sememang nya sangat menyayangi sahabat nya yang brutal tapi sangat baik bila dapat mengenali diri Qalisya dengan lebih dalam.

Qalisya dan Lisa menghabiskan masa disitu berdua kerana hampir 1 tahun mereka tidak bertemu.

********



Masih mencari tajuk yang bersesuaian... Selamat membaca. :)




2 ulasan:

  1. semuanya telah diatur olehNya. Yang indah itu aturanNya,yang kurang itu adalah khilaf kita sebagai makhlukNya. :)

    BalasPadam