Sabtu, 8 Jun 2013

Pandang Lah Hati Mu Seperti Kamu Memandang Langit

Bila ada yang bertanya kepadaku, bagaimana bisa kamu menjadik sekuat ini? Aku mahu menjadik sepertimu, tetap tersenyum bila musibah menyerpa, 
tetap bersemangat walau kamu di persendakan, tetap berjuang walau berbagai tomahan yang tidak menyenagkan datang...

Allah, Allah, Allah......
Semuanya datang dari Allah, aku tidak sekuat yang kau lihat, aku tak sebijak yang kau anggapkan.. Aku jua seperti mu hanya Mahluk ciptaan Allah.. Dari dia aku datang, dan dari dia juga aku kembali.. Allahu Rabbi...
Namun hati ini kuat menyatakan setiap apa yang berlaku adalah sebaik-baik perancanganNya.. Maaf, aku bukan dari kalangan Muslimah soleha, aku hanya lah gadis biasa, yang sedang belajar tentang agamaku.. Yang sedang belajar memperbaiki imanku dan mengejar syurgaNya. Tidak kah ia terlambat??? Benar, Hati ini sering berbicara usia semakin meningkat baru mahu belajar, kanak-kanak pun lebih berpengetahuan dariku, Allah, sungguh terasa hina diri ni.. Bagai ditusuk belati tajam... Benar orang bilang, Ilmu tak kan habis dimamah bumi.... semakin aku mempelajarinya, semakin aku terasa dekat kepadanNya. Allah, sungguh engkau yang menghidupkan jiwaku untuk agamaMu.. "tersenyum sambil berbicara didalam hati "Allah adalah Tuhan ku, dan Muhammad adalah Nabi ku..."


Mengiakan si sahabat dan tersenyum melihatku,

Ya Sahabat kenapa kamu tujukan soalan ini kepadaku???

Saja mahu mendengar setiap jawapan yang kau beri... bila aku mendengarnya aku terdiam,itu bukan bermakna aku tidak memfokusi mu tapi aku menghayati setiap bibit kata-katamu.. cukup bersederhana tapi tersentuh dan memberi impak kepadaku.. kadang-kadang aku mahu sepertimu, bersederhana dalam apa jua keadaan. Kau tidak pernah membandingkan siapa, kau, aku, mereka dimatamu. Kau layan kami sama, tidak membandingkan tudung yang labuh, bertudung sederhana , yang baru mahu berjinak-jinak berhijrah dan yang langsung tidak bertudung. Kau tetap tersenyum dan bersama-sama dengan kami..

Allah, aku tidak pernah membezakan kamu, kerna dalam satu cerita tersembunyi satu kisah, pernah kau tahu masa akan datang itu bagai mana??? tidak bukan... maka ianya bermakna aku tidak akan pernah membezakan mereka yang langsung tidak berhijab, kerna aku yakin mereka mempunyai keinginan berubah "tapi tidak tahu bila?? sesuaikah masanya?? aku mahukan dorongan. aku tidak mahu pakai sekejap pakai dan buka.." itu bisikan hati mereka.. Aku juga pernah merasainya. Berubah lah dengan berperingkat. insyaAllah ianya amat terasa didada. ^_^. Maaf andai kadang-kadang teguran aku ini membuat kau terasa, namun sungguh tiada sedetik niat pun untuk menggurismu, aku hanya mahu kesyurga bersama mu. kita bersahabat bukan setakat disini, tapi aku mahu bersahabat dengan mu hingga ke JANNAH...



sambil berpelukan melihat langit yang luas. Besar sungguh kekuasaan mu ya Allah... ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan