Khamis, 26 Disember 2013

Good Looking For Allah

"Ah,Ah,Ah.... Sejak bila kau pakai jubah bagai ni... Meleret-leret aku tengok.

Ahhh mane ada melerat lah aku tengok molek je.. 'sambil melihat baju yang disarunginya'

"Kita nak pergi Mall je pon, macam berkabung pon ada aku tengok kau ni.. 'Sinis si sahabat'

Ermmm diam sambil memeluk tubuh 'Mengendahkan bicara si sahabat'

"Sejak aku balik UK ni lain macam aku lihat perubahan kau ye. Any problem yang kau nak share dengan aku? Kau bukan macam yang aku kenal dulu lah beb.... 'Memandang menunggu jawapan'

Lah kenapa? aku rase aku biasa je Qalisya yang dulu... Kasih Qalisyah Binti Mohd Nor.

"Aku lihat kau bukan yang dulu... Kalau dulu kau banyak habis kan masa buat benda yang kau suka, mane CD "hardcore" si Paramore yang ko tergila-gilakan? aku tengok tak ada pun... Tu banyak pulak Zikir Terapi sape tu Hafiz Hamidun.. Ni ha Ya Hanana ni ha Qasidah 'sambil membelek-belek kepingan CD yang tersusun rapi'

Aku hanya tersenyum.... Hey beb, nak dengar tak Ya hanana? best beb... 'sambil membetulkan tudung labuh nya itu'

"Kau memang macam ni ke wey? ape semua soalan aku tujukan kau tak nak jawap.. 'Bicara hampa'

Sambil memandang sahabat yang seakan merajuk. Aku bergalih kesisinya...

Cantik tak aku yang sekarang?? 'sahaja menujukan soalan sebegini'

"Not bed lah... Good looking.. hehe 'sambil tersenyum'

Jika kau kata bergitu, jawapannya tepat.kerna kita adalah ciptaan Nya yang paling sempurna... Namun pernah tak kau terfikir kesempurnaan ini anugerah dari siapa??

"Dari Allah. 'jawapan ringkas si sahabat'

So aku nak Good Looking kat bumi Allah ni... Aku nak Good Looking dipandangan Allah.. Dan aku nak Good Looking disisi Allah.... ^__^

Si sahabat hanya mengangguk tanda memahaminya...

Tak tahu apa yang difikirkannya.. Jauh lamunannya...

Ok I'm good looking dah ni... Bagi kau meleret tak aku pakai macam ni?? hehehe

"Ermmm tak pon lagi terjaga dan cantik... hehe Maaf dengan kata-kata aku tadi... Aku terkejut je dengan perubahan kau...

Hehehe tak mengapa aku tak ambil kesah pon...Dah jom lapar dah ni.... ^___^




Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (HR. Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan