Isnin, 22 Julai 2013

Bertunang Dalam Islam

Kadang-kadang kita tak sedar kita ni tunangan orang kan....
Bila si Lelaki meluahkan hajatnya untuk menjadik kan si Wanita Isterinya dan si Wanita mengiakannya itu bermakna si Lelaki dan Si wanita sudah pun bertunang...

Contoh
" Aku mahu jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwinilah dengan aku bila-bila."

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan si Wanita itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju adakah itu dikira telah bertunang?? Padahal tidak ada ibu bapa si Wanita tersebut..

Pinangan dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. itu dipanggil pinang. Bila Si Wanita menjawap setuju, maka jadilah Wanita itu tunang dengan Lelaki tersebut.

Jadi, Bila dia dah jadi tunangan orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang dan kita mengetahui yang kita tunangan orang maka hukumnya Haram.



Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ 

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]


awak, kita ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balas,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini Bercintakah?

Awak,
kita ini tidak sering berhubungan,
tidak bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini Bercintakah?
________________________

Ya,
Kita bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita,
manis hubungn bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kita,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta.

-Hilal Asraf-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan