Selasa, 4 September 2012

terukir dihati



Sungguh,
hidup manusia ini boleh diibaratkan seperti layang-layang,
berusaha terbang ke langit dengan melawan arus ,
meninggalkan daun-daun terbang,
dibuai angin kehidupan.

Begitulah orang-orang beriman,
berusaha untuk menghadapi setiap ujian kehidupan,
kerana mereka-mereka ini percaya bahaya disebalik kepahitan itu ada kemanisan hidup.
Setiap dugaan yang ditempuh keranaNya,
pasti darjat disisiNya akan diangkat ketahap yang lebih tinggi.
Berbeza dengan manusia-manusia yang berasa senang pabila dibuai arus dunia,
langkah mereka berpandukan nafsu semata-mata.

Kita perlu lakukan apa yang patut kita lakukan bukan apa yang kita suka lakukan,
kerana setiap yang kita suka lakukan,
bukan semestinya sesuatu yang berfaedah,
tetapi sesuatu yang kita mesti lakukan semestinya sesuatu yang sangat berfaedah.


Betul,
nafsu dan godaan syaitan itu sangat susah untuk ditentang,
maka jadilah kita seorang yang ego dan takabbur dalam melawan hawa nafsu dan godaan syaitan,
jangan jadi seorang yang ‘zuhud’,
‘rendah diri’
dan
‘yes man’
dalam kita melawan hawa nafsu.
Sungguh dengan hadirnya rasa ego dalam melawan hawa nafsu,
insya’Allah kita akan menang.

“apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan kekal”.-Saidina Ali bin Abi Talib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan