Sabtu, 8 Disember 2012

Rindu Bertegar Dihati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

acap kali perasaan rindu ini bertegar dihati,
ianya bagai menusuk semua saraf-sarafku,
sel-sel itu merebak di seluruh tubuhku...

YA ALLAH,
mengapa perasaan ni muncul,
kenape perasaan nie sering menghantui setiap nafas ku???
kadangkala bagaikan sesak semuanya..

setiap nadiku berdegup,
berdegup merasakan semuanya....
kenape manusia sepertiku tak lari dari perasaan ini..

aku mahu lari,
tapi aku tak mampu.
bila aku berlari,
aku pasti akan berhenti saat itu,
lalu kecundang menyembah bumi.
kembali aku tunduk melihat rumput hijau bumi,
mengikat sepatu ku kembali,
dan memandang kehadapan yang jauh berbatu,
lalu aq kembalikan impian dalam doa yang jitu..

YA ALLAH,
aku perlukan dia selamanya,
sungguh aku bisa sahaja lumpuh,
jika tanpa dia.
setiap agenda aku susun,
supaya perasaan ini tidak menyepi di balik corak-corak gelap.
aku perlu bangkit dan nakhoda,
bersama cintaNya yang tak pernah pudar.
kembalilah wahai diri.
 lalu aku kembali mengikat tali sepatuku,
berlari ke landasan impian.
istiqamahkan diri ku.

YA ALLAH,
andai ianya pasti untukku,
aku mahukan ianya satu..
cintaku kernaMU,
hanya kau yang satu..





ceritahati : perubahan tidak menunggu manusia. jangan sampai kita menjadi orang yang terlambat untuk mengejar redha ALLAH jangan menunggu untuk peluang berubah, kerna peluang itu kita yang cipta.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan