Jumaat, 14 Disember 2012

Dear Friends

ASSALAMUALAIKUM !!!


Datang seorang sahabat kepadaku dan bertanya, adakah kau menyanyangi ku???
Lalu ringkas bersahaja aku berkata uhibbuki fillah (mencintaimu kerna ALLAH)

Sambil tertunduk...
Kelihatan tidak senang duduk dengan jawapan ku.
 "Memanglah, itu direct translate. tak semua orang akan faham erti itu sebenarnye. Sekadar menggungkap tapi tidak sampai jauh ke dasar hati. kerna setiap perkara yang kita lakukan pasti ada kurangnye,hingga kadang2 boleh menjadi cemburu dalam berukhwah".
"luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Benar, ini kisah rialiti. 
Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri.
Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tapi perlulah berpada dalam berkasih sayang.
inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya tidak boleh berkasih sayang???

Bukan,
Itu yang saya maksudkan.berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri.
Berukhwah kerana ALLAH semata2..





Buat para sahabatku yang dikasihi,

Apabila kita ingin berteman, jangan lah kerna kelebihanya,kerna mungkin satu kelemahan kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman,jangan lah kerna kebaikannya,kerna mungkin dengan satu keburukannya kau akan membencinya.
Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerna sifat cerianya kerna andai dia tidak pandai menceriakan,kau mungkin kau akan menyalahinya.
Andai kau ingin bersahabat, bersahabatlah dengan apa adanya dia,kerna dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. jangan lah mengharapkanya terlalu sempurna.Tiada manusia yang terlalu sempurna kerna masing2 ada kelebihan dan kekurangannya... Bersahabatlah kerna ALLAH.

Tiada istilah lebih dan kurang.
kaulah sahabat kau lah saudara seislamku...



Sahabat,
Di jalan ALLAH,
persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan daripada ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
kerna DIA lah aku mengenalimu.
pasti terukir 1001 kenangan,
semuanya kerna ALLAH....






saya minat sangat IM Nazrul...
kalau boleh cuba anda semua layan lagu dan cerita ini... (Warkah Cinta)
^_____^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan