'Tertunduk sambil berbicara, Allah menguji pada setiap hambanya, dan setiap ujian itu berlainan.
Rasulullah bersabda bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia menandakan besar juga pahala yang diperolehi. -Anas bin Malik-
- إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
- ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
- أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
- ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]
Di peluk erat diri ini oleh mereka untuk menenang kan aku.. Sambil mengalunkan selawat agar aku tenang.. "Ya Allah aku berterima kasih kepadaMu, kerna hadirkan mereka dalam hidupku ."
Aku mahu mengalir semahunya..Aku mahu meluah semahunya aku tidak mampu memendam lagi. Sudah lama aku tidak rasa seperti ini. Ini lah masanya aku meluah kepadaMu satu-satunya Tuhanku... Selain dari Mu, siapa yang mampu memberi sebaik-baik petolongan?? yang mampu mendegar setiap luahan hati ini? bukan kah hanya diriMu Ya Allah? Ya semanya DIA satu-satunya sebaik pendengar yang setia. Bila aku menangis bukan bermakna aku tidak meredhai Ujian Mu, namun aku hanya Mahu meluah kepada Mu..
Benar, Menangis adalah salah satu terapi untuk ku..
Terapi untuk menjadi seorang "HAMBA"..
Ya Allah, Ya Rabb....
Aku amat rindu perasaan sedih ini.... aku teramat rindukan Mu... Rindu meminta kepadaMu , rindu di setiap titisan air mataku jatuh di helaian sejadahku untuk Mu..... Aku amat merinduiMu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan